Pejuang Pena Maya



Bismillah..

Salam alaik anda ;) supp? Alhamdulillah.. jerebu da semakin reda dan cuti sekolah dipendekkan. Eheh.

Recently, banyak pula status kontroversi yg ditulis oleh mereka yg amatur dalam arena penulisan hatta golongan profesional turut terkena tempiasnya. Kebanyakan drpd mereka berbicara mengenai keaslian gaya penulisan, keberkesanan methode ini dalam menyebarkan mesej dakwah dan kemanusiaan malah ada juga ura2 yg mengatakan golongan enonimus ini mengancam keselamatan negara! Erk.

Situasi yg sama pernah berlaku kat aku juga. Bukan setahun atau sebulan yg lepas malah setiap hari! Sewaktu jemari ini mula memanaskan badan utk menaip entri, ada saja bisikan2 yg melemahkan semangat dan menyebabkan aku terus tutup lappy-- end up tengok cerita Omar eheh.

Betullah orang kata, semangat saja tak cukup. Sebab semangat akan hilang dan kita pula akan hilang tujuan. Yg penting ialah kekuatan. Sebab kekuatan itu terbina di atas pondasi yg kukuh. Untuk apa kita menulis? Itu persoalan kritikal yg perlu dijawab terlebih dahulu.

Clearkan juga sawang2 kat dalam hati tu. menulis bukan utk dapat “like” paling banyak *batuk*

Yg penting ialah mesej yg ingin disampaikan. Tak kisahlah dalam bentuk penerangan panjang lebar, cerpen, olahan berbaur humor mahupun puisi—jika ia dari hati ia akan sampai ke hati.

Dannn.. fikirkan kesan jangka panjang. Mungkin dalam tempoh terdekat tiada siapa pun yg singgah blog kita *sobsob* tapi percayalah Inche Google akan memaparkan pautan ni pada 5 hari, 9 tahun ataupun seabad dari sekarang. Hati yg mencari kebaikan akan tersentuh dgn kebaikan. Aturan ALLAH tu best. Mungkin entri kita ni akan jadi trigger kpd turning point seseorang? Who knows.

Walk the talk. 

Seorang penulis yg aku segani pernah berdiskusi mengenai permasalahan ini. Cakap berdegar-degar tapi diri sendiri masih bergelumang dgn dosa baik tak payah nak nasihat orang, kan? Ke tak? Erk. Dah tahu orang akan pertikaikan, kenapa kita tak challenge diri kita sendiri dulu? Naa, kita buat bukan sebab orang sekeliling oke. Verily, kita buat for the sake of ALLAH.

Tak perasan ke, jari yg menulis ni lagi dekat dgn kita? Mestilah kita yg dah ‘’rasa’’ dulu indahnya bergelumang dgn kebaikan dan tarbiyah. Dari teori, terjemahkan melalui praktikal. Tak salah jika anda tiba2 ‘tergelincir’ dari landasan usaha tu. yg penting keep moving forward and dont ever dare to stop.

Bagi aku sendiri, blog merupakan bank memori dan ilmu. Full of reminders and warnings. Bila aku sedih, terlupa, alpa mahupun lalai—blog akan menjadi salah satu medium utk recover. Sebab tak sangka yg aku pernah menulis satu solusi mengenai masalah2 yg bakal mendatang.

Baru2 ini, teruji juga dengan apa yg pernah diperkatakan. Soal redha dan tawakal. Duhh.. result sem II macam... *krik krik*

Serious.. masa dapat result pagi2 tu cover macholaa.. muka pun emotionless. Bila jumpa mentor kt staff room, belum pape dah bergenang. *boooo*

The rest is history.

Satu lagi, mungkin aku tak pernah rasa kena komen; gaya penulisan ni meniru mana2 blogger. Bagi aku, apa yg kita baca tu akan membentuk pemikiran kita. Jadi mungkin ada sedikit sebanyak tempias cara penulisan beberapa orang blogger yg tak perlu disebutkan namanya di sini. Huhu. Tapi aku just nak share la..

“ Dont imitiate, create.” – Hlovate

Try cipta personaliti dan identiti sendiri. Tak salah rasanya nak mencontohi gaya contengan entri yg ‘’in’’ sekarang ni. Just kena berpada-padalah. Jangan sampai tagline dia pun kita nak ikut. Buat la phrase baru haha.

Aishh.. rasanya isu ni tak perlu dibahaskan dan dipersoalkan. Yg penting content bukan? :D alaa.. susah nak puehkan hati semuaorang.

Jangan berhenti menulis. Jangan berhenti utk memberi.


Comments

Popular Posts