Ana doktor, bukan diktator.

Bismillah..

Salam alaik korang :) kabare? Eheh. Hidup dikelilingi acik2 berketurunan Jawo di sini menyebabkan dahi selalu berkerut bila diorang mula speaking. Bukan nak kata tak biasa kat kampung, cuma rasa terkilan sebab tak pernah ada urge nak belajar dari bonda atau nenda.

Hampir seminggu MPI berakhir, begitu juga dgn exam review dan mock interview. Prolog sem III serious menuntut banyak kesabaran dan kekentalan jiwa!

Diskusi jemaah hakak2 surau semalam menyentuh tentang Muslim (atau lebih tepat Islam) dan Matsalleh/non-Muslim.

http://www.youtube.com/watch?v=Z4U1dWtmHBM

triggered dgn video ni, diskusi menyentuh pula situasi2 kritikal ketika mock interview yg lepas. Aku di-interview oleh Ms Cherry. Dia.. osem baq hang! Haha. Supportive gila. Even ps aku memberi first impression yg tak berapa nak best kat dia, senyum meleleh aku berjaya mencairkan hatinya cewahh.. topik yg dibincangkan berkisar tentang health and food selection, influenza A H7N9 dan common questions tentang future undertaking kita.

Ni boleh dikatakan pengalaman pertama face-to-face communication dgn seorang foreigner, at the first place dia bukanlah seorang Muslim. Merujuk kpd sisi seorang da’ie, macam mana kita nak sampaikan dakwah kt dia ni?! Duhh. Berat2. Naqib A+ pun tak lepas lagi. Eheh.

Ada sahabat yg awal2 lagi dah diprovok! Sangat kagum dgn seorang sahabat yg yakin berhujah tanpa emosi berkenaan tindakannya enggan bersalam dgn Mr Interviewer. Alas, ada juga yg jatuh terjelepok bila disergah tentang pilihan sama ada masih lagi mahu memakai tudung bila berada dalam komuniti Islamophobia kelak.

Bagaimana pula isu larangan memakai hijab dan baju kurung di dalam operation theater? Kali ni aku kata sains ‘menyokong’ Islam itu sendiri. Ini dibuktikan dgn terciptanya tudung pakai buang yg telah di-sterile utk alternatif kepada puan2 doktor. Naa, tak ada alasan utk tak pakai tudung. Lagilah kalau sekadar hospital attachment dan disuruh utk memakai serkop kepala sahaja utk MELIHAT tuan doktor membedah. Ahai.




Teringat Brader Shah Kirit—insan istimewa yg hadir dlm hidup kita, diberi kelebihan oleh ALLAH utk menguasai ilmu tentang comparative religions. Seorang sahabat pernah berkongsi sebuah artikel bertajuk Isabella hasil karangan Maulana Mohammad Saeed. Aku menerima tantangan ini tanpa banyak soal—menghabiskan novel 15 bab ini tanpa jemu. Pendedahan pertama tentang agama Kristian, ritual dan dongengannya dibidas dgn hujah2 mantap berdasarkan al-Quran dan logik oleh ilmuwan Islam yg terdiri drpd pemuda2 pada zaman itu. Hah, that’s the catch.

Melihat aspek zaman yg menjadi latar novel ini, paderi ketika itu sangat ortodoks dan sebenarnya mereka mengetahui hal yg sebenar—Bible yg mereka agung2kan itu dah tercemar. Nah kenapa masih ada yg mahu menganut agama Kristian walhal mereka dah sedar kecelaruan dalam ajaran Jesus Christ dan masih ada yg terjebak dlm agenda Kristianisasi di Indonesia? Mari kita refer balik surah al-Fatihah. Orang Nasrani (Kristian) ini mereka mempunyai hati yg baik tapi akal yg rosak (orang2 yg sesat), manakala orang Yahudi mempunyai akal yg mantap tapi hati yg rosak (orang2 yg dimurkai).

Bagaimana pula dgn kita? Gulp.sudah bersediakah utk berhujah membidas persepsi songsang masyarakat barat (mahupun setempat) terhadap Islam? dgn itu diisytiharkan, anda wajib menuntut ilmu dan MEMAHAMI Islam yg sebenarnya. tegakkan Islam dalam diri sendiri, tak gitu? *senyum nampak gusi*

Mungkin aku sendiri masih mempunyai skeptikal terhadap non-Muslim. Adakah aku melihat mereka sebagai saudara semanusia atau orang kafir yg mempunyai agenda sulit? duhh.

fitrahnya manusia itu suka dgn kebaikan. sebarkan.

Dekat je, adakah aku dah mula melabel saat melihat mereka yg jauh dari Tuhan?  

“Ah ini tak ada harapan nak ajak usrah,”

Kita menghukum sebelum memberi?

.................

entri dah lama tersadai. saat aku menulis bait2 kata terakhir, air mata telah kering.
salam utk Mesir.

kenapa aku mula takut?
epilog dah lama terkarang
sejak 1400 tahun yg lalu.

yakin. kuat.

Comments

  1. Inna Allahu ma'na :) nice post, syukran.

    ReplyDelete
  2. Allahu.. jazakillah nsaa :)

    ReplyDelete
  3. Nice post :) and im glad..u appreciate the beauty of TOK my dear :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts