Dear Volunteers #1

Bismillah.. salam alaik everyone. Alhamdulillah, its already 8 Syawal dan ALLAH masih memberi kita kesempatan utk bernafas, even err kat rumah ni apa je yg kita buat utk agama ALLAH. Rasa macam, kat kolej banyak je kerja. Kat rumah ni, tak ada sahabat atau adik2 utk berkongsi cerita, utk didakwahtarbiyahkan. Eheh. Bahkan telah tercipta satu equation berkenaan pemuda apabila berhadapan dgn situasi cuti. pemuda+masa lapang=maksiat. Gulp.

Time cutilah tarbiyah dzatiyyah perlu dijalankan. Jihad al-nafs! Time ni lah nak muhasabah diri, nak perbaiki bacaan dan menggiat serta proaktif dalam mutabaah amal dan... mendakwahtarbiyah ahli keluarga. *bunyi meriam sedas* Time ni la nak habiskan e-book fikrah yg telah diamanahkan oleh murobbi utk dihabiskan. *batuk* terlalu banyak perkara yg perlu dilakukan dan masa semakin singkat.

Recently, banyak je perkara yg berlaku membabitkan maruah agama Islam dan institusi yg mengangkat Islam sebagai agama kebangsaan. Ramai yg bersikap reactive, malah ada yg cuba mencetuskan sentimen perkauman dan liberalisme. Ada pula yg melayangkan akta kebebasan mengamalkan agama masing2 dan terlupa pula akta menghormati tempat2 beribadah. Dalam pada yg sama Mesir mengalami pergolakan berdarah antara pro-Morsi dan kudeta.

Terbaca sebuah artikel berkenaan agama Hindu. Penulis mendakwa bahawa agama Hindu ialah agama tauhid pertama di dunia atas dasar penganutnya yg ramai dan menggunakan prinsip Tuhan satu tetapi ber”Aneka” sifat yg boleh divisualkan. Sebab itulah timbul persepsi masyarakat terhadap penganut agama Hindu yg menyembah banyak Tuhan. Penerangannya agak mengelirukan kerana membandingkan Tuhan Hindu dan Asmaulhusna. Bagi mereka yg dah ada sedikit ilmu tentang theology, mudah kiranya utk membezakan antara yg benar dan salah.

Sebenarnya nak cerita, masih ada sesetengah daripada kita yg mempertikaikan apa yg boleh kita lakukan utk menyumbang kpd Islam, menegakkan kembali maruah Islam atau paling simple nak non-muslim respect kita.

No man is an island. Islam tak mengajar kita utk bergerak secara berseorangan mahupun mempunyai agenda peribadi dalam melakukan sesuatu perkara. Islam itu sendiri by definition ialah kita concern kat orang lain, kita share nikmat the real Islam tu-- kebersamaan. Kita hidup bukan utk diri sendiri.

“ Kecuali orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran.” [103:3]

Senang cerita, kita tak nak masuk syurga sorang2. Ahaa..

Kita try lihat dari sudut pandang seorang rakyat marhaen yg normal-bukan budak usrah semestinya. Dia akan melihat hidup ini sebagai medan perjuangan. Perjuangan yg pertama utk dirinya sendiri- melawan nafsu malas dan tidur sebab nak belajar utk excel dalam exam contohnya. Perjuangan kedua pula melibatkan komuniti, for instance melibatkan diri dalam kempen kebersihan supaya compound sekolah sentiasa bersih, so tak ada infectious disease yg akan merebak dan sebagainya. That’s struggle for a cause. Yg ketiga ialah struggle for an intangible idea. Nak semuaorang ada mentaliti bahawa straight A+ SPM itu tak mustahil utk dicapai. So, banyak aktiviti yg dilaksanakan utk menjayakan goal tersebut even realitinya 100% straight A+ sukar utk direalisasikan.





Hah, sekarang baru tukar cermin mata. Pakai cermin mata Islam pula. Dah nampak ke, or blur2 lagi. Meh lap dulu cermin dari habuk2 jahilliyah. Err. 
As a Muslim, upholding the 2 main purposes of life, kita akan hidup sebagai seorang hamba dan khalifah. Kita struggle within ourselves utk fighting dgn hawa nafsu, deras dlm beribadah dan sentiasa merendah hati. bila ada Islamic event, kita tak akan ragu2 utk join dan menyumbang sesuatu utk menjayakannya – contohnya malam puisi Gaza, sambutan Maulid kt taman, iftar jama’ie etc. Kita yakin juga, misi kita ialah utk menunjukkan kpd semua orang the real Islam. Where is Islam inilah the way of life. So akan banyak Islamic work yg perlu dilaksanakan utk cater certain aspek/isu dan target group. Sebagai contoh kt KMB, ada Berkat, TM, Hope (cakna saudara di Palestin), Isac (dakwah melalui seni dan kreativiti), GNCC, MIA, etc. Setiap organisasi mempunyai portfolio dan skop masing2 yg solely menjurus kpd matlamat yg sama iaitu mengajak semua orang kembali kpd ALLAH, kpd Islam yg sebenar.


Jelas?

Sahabat sering mempersoalkan kenapa perlu ada brand, label atau organisasi yg berlainan, padahal objektifnya sama. Kalau dah bawa benda yg sama, kenapa tak gabung je jadi 1?

Utk menjawab persoalan di atas, sila kembali kpd contoh yg diberikan. Knp perlu ad kelab2 yg berlainan, padahal aktiviti lebih kurang je? Huhu. Kalau macam tu ahli berkat tak yah amek ib, terus jadi badan dakwah tetap kt kmb tu. heh.

ALLAH telah memberi analogi Islam ini sebagai sebuah pokok. Batangnya tumbuh bertunjangkan akidah yg 1 dan adakah dahannya tumbuh pada 1 arah sahaja? Ia bercambah dan menari-nari ke arah yg berlainan. Begitulah juga yg ingin diperkatakan mengenai kerja2 dakwah ni. Islam tak akan menjadi ustaziatul alam hanya dgn usaha sebuah badan organisasi atau satu kumpulan individu sahaja.

Tak salah rasanya utk mengutarakan ketidakpuashatian terhadap kewujudan label2 ni. Sebab realitinya mereka melihat kesan kewujudan organisasi yg berlainan hampir mencetuskan salah faham, main “curi2” adik, perbalahan malah kewujudan zon2 utk “makan talam”.

Jalan keluarnya bukanlah dgn mengambil langkah drastik menggabungkan organisasi menjadi satu. Perubahan yg perlu dilakukan ialah dari perkara yg paling basic-- mentaliti da’ie tu sendiri. Sila buang keobsesan terhadap satu2 label dan jangan mudah “mengkafirkan” mereka yg berlainan organisasi. Kadang2 ilmu boleh saja menjadi senjata utk kita menjatuhkan orang. Kerja2 dakwah kita ini boleh digambarkan seperti sistem complementary base pairing. Kita melengkapi antara satu sama lain, complementary not competing.

Bila ada organisasi lain yg dah mula mengadakan event2 mereka, we should respect them. Bukannya nak rasa tergugat kita lambat gerak atau mereka bakal menggugat kredibiliti organisasi kita. Malah ia sepatutnya menjadi trigger kita utk terus laju bergerak dalam gerabak dakwah ni. first thing yg kita perlu sentiasa ingat, kita nak organize event bukan utk men-chalen event yg lain or nak tunjuk siapa yg paling bagus. Tapi event kita ialah “fuel” gerabak dakwah kita, bersama. 

Sometimes, keterujaan kita dalam menjalankan kerja2 dakwah ni akan merudum disebabkan penolakan certain2 pihak serta mehnah dan tribulasi yg menggoncang keimanan. Kita rasa banyak je event kita dah laksanakan utk mengislahkan rakan2 kita kat kolej, nak preserve biah solehah, malahan ada juga gerakan2 kecil utk mendoktrin mereka yg berpotensi. Last2 still ada yg couple, dating, tak solat, tak tutup aurat dgn sempurna, dissolve dlm study etc. Masih ramai yg terperangkap dlm cocoon of jahiliyyah. Makaihh..

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). [Asy-Syuura 42:13]

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. [Asy-Syuura 42:14]

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". [Asy-Syuura 42:15]

Jelas kat sini ALLAH bagitahu kat Rasulullah SAW yg orang musyrik akan sukar menerima Islam. Justeru Rasulullah SAW fokus pula kepada ahli kitab—mereka yg mempunyai ilmu. Mungkin mereka akan mudah menerima Islam atas sebab prior knowledge yg mereka miliki tentang agama tauhid. Tapi ALLAH cakap lagi, as dalam ayat kt atas—golongan yg berilmu (Yahudi dan Nasrani) pun akan menentang dakwah Rasulullah menggunakan ilmu yg mereka ada. Bagaimana pula dgn generasi yg seterusnya? ALLAH tetap cakap perkara yg sama.

Kalau cikgu kita awal2 cakap yg kita tak akan dapat 45 camna? T.T mestilah rasa demotivated kan. Don’t worry, ALLAH cakap dalam ayat 14—serulah kpd Islam dan tetap beriman kpd ALLAH.

Sebenarnya, all the Islamic works yg kita buat tak benefit orang lain pun malah benefit diri kita sendiri. benefit diri sendiri--sebab nak buat modal utk masuk syurga. sebab kita dah jalankan tugas-- menjalankan perdagangan yg ALLAH akan beli dgn syurga. isk. kita Ingat tak, ALLAH yg buka hati diorang, ALLAH lah yg shower hidayah kt diorang. Siapa kita nak mendabik dada sebab dah berjaya mencipta bulatan gumbira yg paling besar parameternya?

Kuasa turning point yg hanya ada pada ALLAH bukan menjadi alasan kita utk berdakwah ala kadar ataupun tidak muntij (berkesan). Malah kalau kita selusuri betul2 dakwah ni dah menjadi core business siap dengan “buku rujukan” khas di-extract dari seerah Rasulullah, Sahabat dan Khilafah, al-Raheeq al-Makhtum, al-Maududi, Mustafa Masyhur, Imam Syahid Hasan al-Banna, Hilal Asyraf dan banyak lagi scholar yg menulis tentang seni berdakwah ni.



Secara ringkasnya, ibadah dan dakwah kita interconnected. Tak guna kencang bagi usrah, tapi solat kita masih di hujung waktu. Tak guna sibuk join global march to Jerusalem sampai kita tak ada masa utk baca love letter Dia. tarbiyyah dzatiyyah dan tarbiyyah jama’ie itu parallel. Camna nak sentuh hati orang kalau kita sendiri masih bergelumang dgn jahilliyyah, cinta akhi ukhti? Gulp. Struggle. Try. Sebab ALLAH nampak usaha kita dalam mencintai-Nya dan menyemai cinta ke dalam hati hamba-Nya yg jauh.

In shaa ALLAH, together oke? :)

Perkongsian di atas ialah ringkasan dan ulasan penulis melalui rujukan talk Ustad Nouman Ali Khan (What Motivate Us), <http://www.youtube.com/watch?v=7XzrY-WXc84> 

Comments

Popular Posts