One litter of tears.

Disclaimer: Ni bukan entri raya. pending je sebab broadband kena block huhu. 

Salam alaik ;) Alhamdulillah.. dah kat rumah ni. Fuhhh.. selamat. Sebelum apa2, meh dengar cerita aku balik kampung dulu hewhew.

[sila mainkan lagu Balik Kampung-Allahyarham Sudirman]

Dah siap packing. Baju, laptop dan fail2. Tiba2 teringat sesuatu. Check purse dan mencari-cari macam Jeha dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Gulp.

“ Allah.. mana plak tiket ni,”

Minda menerawang ke peristiwa seminggu sebelum tu. sesi pembersihan purse dari resit2 selepas iftar di Pasar Ikan Manhattan bersama klasmet dan berjimba di Alamanda menari-nari di ruang memori. Duhh!

“ Confirm terbuang ni,”

Langkah tetap tenang. Sampai naik bas..err tin tuna ‘City Liner’ acik Mano. Sampai Putrayajay Central dan naik ERL ke BTS. Berlagak tenang, cool. Cuba utk kawal keadaan (cemas) sebab ada junior nak balik sama ni. Dalam hati menyusun kata2 terbaik utk dikhabarkan.

“ Apa2 pun yg berlaku kat akak, awak tetap kena teruskan. Naik bas,”

“ Huh, kenapa kak?”

“ Ada hal yg perlu disettlekan,”

“ Oke.. urmm, saya oke je. Akak guide saya sampai sini pun dah oke kak,” mata berkaca-kaca. Eheh.

Dah 7.30. panggilan ibu pula tak henti2 mencuri-curi utk disambung ke telefon. Lantas kaki diarah ke booth2 tiket.

.............................

“ Ibu, dont worry. Bas akak pukul 10,” aku khabarkan status terkini sambil menikmati ‘tapak sulaiman’ kat KFC yg berdekatan. 
Di hadapan aku ialah seorang bakal doktor lepasan UM. Ahah. Teringat kisah seorang sahabat yg dalam setiap doa akan ada permohonan utk ditemukan dgn sahabat2 yg soleh. Syukur.

The end.

...............................

Tu je nak cerita haha.

Urm, sebenarnya episod2 yg sebelumnya tragik juga. Ramadan yg penuh dgn tarbiyah. Baru je singgah blog seorang sahabat. Coretannya bagai membaca hati ni. Sem 3. Tarbiyah terbesar.

Agak berat juga utk balik, pada awalnya. Sebab slip result sem 2 da sampai rumah. Kata putus yg diberikan bonda dan ayahanda agak berat. Mungkin belum lagi tiba masanya utk mereka faham apa yg aku perjuangkan. Allahu.. masa tu.. tak tahu nak cakap apa. Berbelah bagi sangat.. alhamdulillah sahabat2 menguatkan. Nak kata perjuangan, mungkin silap aku juga tidak pandai utk menyeimbangkan antara keduanya. Ya, silap. ada je saat yg boleh dipertikaikan, ada je perkara yg boleh didebatkan. kerana landasnya kadang kala bukan atas nama Tuhan semata. Tanpa kekuatan dari ALLAH, aku rasa mustahil utk fokus dlm kelas after semalaman stay up siapkan segala kerja.

Kalau nak weigh out nikmat ngan ujian yg ALLAH bagi ni, memang tak balance. ALLAH lancarkan urusan utk program iktikaf kt masjid putra, uruskan adik2 semua.. even awal2 banyak juga encountered masalah. *sigh* tak terurus urusan sangat pun. Tapi aku nampak situasi tu sebagai cabaran, dan day by day try perbaiki. ALLAH uji dgn ToK presentation yg terkandas, tapi dia bagi aku siapkan first draft EE. Even tak siap mana pun. Tapi aku bersyukur sangat, sebab susah kot nak start -.-“ eventually, Hazeem ngn aku je yg hantar.

Dah la kena brainwash ngan advisor haha. Adohai.. teruknya aku..

Nak cakap—ujian ni baru seberat sayap nyamuk (Inspektor Sahab, 2013). Kat Mesir sana, ikhwanul Muslimin ditangkap dan dipenjarakan dan pejuang2 suara keadilan dizalimi. Isu Alvin Tan dan Vivian Lee dan Bak Kut Teh mereka, isu Chetz dan anjing2nya, rumet, abang.. masalah ummat. *sigh* ni baru mehnah dan tribulasi yg.. kecik je kot. Tak kan dah nak brain damage kot. Lepas tu emo tak tentu pasal. Nangis bawah shower. Err.

Betul la, bak kata Matluthfi: Kita dok pong pang2 cakap pasal agama, nah masalah seklepuk depan mata. Hamek kau.

Pantasnya pendewasaan.

Tolong T—T


“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya“. [2:207]


“Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yg diberi rahmat oleh Tuhan-ku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.” [12:53] 




Comments

Popular Posts