Detached.

Salam alaik.

Lama tak post. Uish, busy tak busy. Skg pun tgh struggle-kan diri siapkan IA ngn EE ni. Duhh. Niat nak sambung siri2 Dear Volunteers (DV), tapi setiap siri perlukan keseriusan yg berganda. Tak boleh nak touch n go je. Apa2 pun aku tak akan ulang kesilapan yg lepas. Erk. Gila panjang DV#1, nak termuntah hijau orang baca. Harhar. Bak kata inche enonimus, kadang2 entri tu tak banyak point pun. Merepek je lebih. Maybe siri2 yg akan datang dalam bentuk point atau peta minda. In shaa ALLAH.

IA businesss sebenarnya dah terbabas dateline. Ni la padahnya kalau procrastinate. EE full draft akhir bulan ni, ToK essay plak dah kena siapkan first draft. Mak aiah.. presentation pun dah makan bulan, lagilah essay. But i think it will turn out easier than before sebab dah nampak permainan ToK ni through presentation sebelum2 ni. hehe. Sebenarnya sama je pun. Just kalau verbal ni boleh la merepek pusing2, bab nak buat essay ni kena grammatical correct, kena choose suitable words dan....kena buat sorang2.

"Worry is a direct consequence of relying on your own efforts." - Yasmin Mogahed. 

bagi aku, harga sebuah ketenangan ialah keyakinan yg kuat. dgn ketenangan itulah kita akan terus melangkah walaupun jalan yg bakal kita tempuh bukanlah jalan yg berturap. pasti ada kejutan di setiap penjuru jalan, sesuatu kita tak expect pun akan sergah kita secara tiba2 dan akhirnya kita terbabas masuk parit. erk.
diverged. 

tiba2 hilang fokus tu, rasanya lumrah la kot. sampai satu masa, tak tahu nak prioritize yg mana. *sigh* but, yg penting, kita turn back to ALLAH. bina balik keyakinan tu. ALLAH yg pegang masa, ALLAH yg pegang hidup kita. 

kadang2 kita lupa utk meminta dan berharap pada yg Maha Memberi. kita tak pernah nak detached hati kita daripada perkara2 yg tak real. kita rasa kita kuat sebab kita pegang impian kita utk Islam, utk ummah. sampai kita lupa kat siapa sepatutnya kita bersandar. 






dont ever dare to stop. jatuh itu satu permulaan. kali ini lebih kuat, kental dan osem. oyeh.
biznillah.




Comments

Post a Comment

Popular Posts