Mihrab Sang Musafir

Ukhti sayang,

Kerana jasad kita tak bersua, hanya doa sejahtera untukmu kutitipkan. Dalam doa rabitah hati-hati kita bersatu, mengerdip iman yg mungkin lesu tanpa engkau di sisi. Namun begitu, ana sedar ukhti, diri ini harus berjuang walau sendiri. Bersama toriq amal yg tak mudah utk dilalui, ana perjuangkan tarbiyah dzatiyyah agar mengecapi erti sebenar fiqh ad-dakwah ini.

Menyelusuri jalan ini ukhti, tak seindah apa yg kita bayangkan. Gelak ketawa sepanjang kita bermuayasyah, berehlah di Pantai Morib mahupun bermabit di Masjid Putra, berjaulah hingga ke puncak mahligai Puteri Gunung Ledang— itu hanya wasail tarbiyah utk kita sang mutarobbi.

kita sudah melalui marhalah ta’arif, cinta pandang pertama kita ukhti. Kita disuai kenal kembali kpd Sang Pencipta yg sudah lama kita rindui, sejak kita bersaksi Dialah Tuhan kita. Ingatl lagi? Ketika itu kita di syurga, kan ukhti? Lalu murobbi bersama-sama kita dalam fasa ta’win- membina individu Muslim yg kita dambakan; pondasi maratib amal kita. Dan ukhti, sedar tak sedar sudah setahun setengah tarbiyah kita berkembang mekar. Tibalah saatnya di fasa tanfis—tugas kita utk menyebar cinta agung yg kita kutip dari langit Ilahi. Argghh, waktu itu ana bertegas tak mahu bangkit. Hati ana perit. Ana belum bersedia- ana tak layak jadi seorang murobbi. Ana selalu culas dlm mutabaah amal, juzuk 30 pun ana tak lepas lagi. Lagikan hadith 40 Imam Nawawi, tafsir fizilalilquran Syed Qutb dan Seerah Nabawi Raheeq Maktum. Masih ada lagi mendak jahiliyyah dalam diri ana.

“Islah nafsak wad’u ghoirak”

Perbaiki diri kamu dan ajak orang lain.. terngiang-ngiang. Ukhti, kita tetap akan berdosa selagi tiada khilafah memerintah dunia. Dgn himmah dan hamasah yg masih berbaki, ana mengorak langkah. Dakwah tak akan tunggu kita ukhti.

Dakwah kita bukan main aci redah je ukhti. Dakwah kita berkompas al-Quran dan Sunnah. Betullah kata orang pandai2, pengalaman ialah guru terbaik. Justeru langkah kita mengejar bayang2 As-syahid Imam Hasan al-Banna, mujadid kita. Usrah kita, ahh apa2 sahaja. Circle of joy, bulatan gumbira.. itu asal halaqah Sang Nabi sewaktu di rumah al-Arqam. Halaqah yg dipasak tilawah Quran, digembur dgn tazkiyatun nafs dan dibajai ta’lim. Agar fikrahnya terbina untuk membina. Ideologi apakah ini? Jangan risau ukhti, sudah lama terpotret pada kalimah cinta Allah di surah al-Baqarah:151-157 ukhti.

Ukhti, kita sang murobbi—tak mudah bersama mutarobbi. Kita ialah syeikh, walid, guru dan pemimpin untuk mereka. Tsiqah mereka terbina hasil dakwah fardhiyyah kita yg bermarhalah. Dakwah kita bermanhaj ukhti. Kerana kebenaran itu harus tersusun agar tidak mudah ditindas kebatilan.

Mata ana berpinar-pinar setelah mengetahui inilah isi gerabak dakwah dan tarbiyah yg selama ini kita tumpangi. Tiba masanya utk kita bersama-sama menjadi pengemudinya. Bersama-sama, ya? Jalan yg kita selusuri tak seindah pemandangan yg melatari jendela gerabak kita. ingat lagi kita lelah bersama? Ada keluhan berat terkeluar dari bibir ana sangat itu bila memikirkan mad'u yg main acah2. ana juga perasan ada mutiara hangat yg membasah pipi sangat mutarabbi anti mula menulis status tarbawiy di facebooknya. kadang2 kita bersama menginsafi diri yg serba tak bersyukur, ambil enteng soal daurah yg mencelah di kesibukan minggu2 kita.

Ukhti, ana tak dapat menjelaskan lagi apa itu erti bahagia. Ana faham anti mendambakan sebuah jawapan. Mungkin, dalam perjalanan ini kita bertemu bahagia? Atau mungkin di penghujung perjuangan. Sabar ya?







Comments

Popular Posts