Usrah Ni Poyo Je

Penatnya rewang tadi. sambil melayan kaki yg lenguh, mata pula meliar memandang siling. entah apa yg dicari.

" Ibu baca buku akak tadi.. urm.. apa.. usrah poyo.. usrah ni semua poyo.. haa.."

Allahurobbi! aiseymen.. dah agak dah ada orang baca. lantas aku teringat, buku tu ternganga kat meja semalam.

" Ohh.. oke.." aku cuba menjawab dgn nada yg paling cool.

" Ibu baca je, tapi tak faham sangat istilah2 tu.. tapi ada satu cerita tu.. eh, murobbi tu apa?"

" Haha.. (ketawa awkward) murobbi tu........"

" Murobbiyah?"

Err, banyak plak ibu nak tahu.

" Ibu ada baca cerita yg pasal dia dah tunang lepas tu terlanjur tu..."

ark! cerita censored tu plak yg ibu baca.

" Hah, tapi ibu sukalah yg surat dia tulis tu... surat pasal persahabatan.. utk kawan2 dia yg fly tu.."

" Ohh macam akak la.. kan akak2 senior dah fly, tinggalkan kitorang. akak pun rasa camtu.."

" Dia lelaki ke perempuan? ni ada geng budak2 kacak ni.. budak ni belajar kt Sunway ni.. atas bawah hiburan.. memang patutlah.."

" Haha (ketawa awkward lagi) dia lelaki bu, Asyraf.. Farique.."

...

even awal2 macam clueless, nak react macam mana ni. kang tak pasal2 kena label "poyo je" je ngn ibu harhar. papehal pun, aku rasa bersyukur sgt. at least, ibu tak lah suspect aku nak join himpunan gulingkan kerajaan sebab pergi TFTN hari tu!*tersembuq*

at least ibu tahu usrah ni apa. betapa "human"-nya usrah ni, bukanlah pasal NGO je. bukan pasal aku nak start pakai baju labuh tudung labuh tiba2.

moga hati ibu lembut lepas ni bila "murobbi ajak pergi program". haha. amin.


.....

jom beli buku ni sekarang oyeaah!


http://imanshoppe.com/index.php?route=product/product&product_id=1059&tracking=538fb0e7f0933






Comments

  1. Ada cerita censored ke dalam tu? Terlepas pandang maybe. Kena baca semula ah nampak gaya.

    Dan ehem, kantoi ibu tak tau yg anda join usrah.

    ReplyDelete
  2. cerita pasal akhwat ikhwah Indonesia tu. ibu tahu ana join usrah, tapi "usrah kolej" je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts