Rentang

balik dari liqo' dgn Geng Akhowat Comel 1.0;

ya Allah.. ToK jumaat ni, IA esok, latihan chem esok. kaki melangkah lemah. hati yg membara-bara tadi mulai surut degupnya. kata-kata sendiri seakan menggigit.

kepala seperti ingin jatuh menyembah bumi. air mata seakan segan utk mengalir.
tiba di kawasan lapang, beberapa langkah dari blok kediaman--

"mendongaklah.."

Dia rentangkan langit utk aku
dgn bintang yg bertaburan
agar aku tahu Dia ada di atas sana,

agar aku tahu Dia yg berkuasa
aku yg kerdil,

agar aku tahu Dia yg cinta
aku yg lemah,

agar aku tahu
bintang tak pernah pudar
hayatnya membundar
walau akan mati
tidak lama lagi. 

agar aku tahu Dia sentiasa ada
dgn harapan dan cinta.

...



Comments

Popular Posts