Tema Minggu Ini #2

Salam alaik semuaorang! yeah, hari pertama sem 4. terbaik masa dapat paper tadi *krikrik* Alhamdulillah Alhamdulillah wa Syukurillah.

sebenarnya segmen *cough* Tema Minggu Ini (TMI) adalah aspirasi daripada seorang ukhti yg menggantikan murobbi masa beliau ke Indonesia. masa tu halaqah; taaruf dan sedikit perkongsian pengalaman beliau di UK. arrr rindu2.

Tema kita minggu ini;

1. bukak air kecik je masa ambil wudu'. *cough* nak kurangkan at least 20% bil air kan.
2. tutup kipas dan lampu surau An-Nur bila tak ada/kurang orang dlm tu. 
3. bawa 1 buku/handout bila pergi mana2 terutamanya bila naik KTM, ERL, LRT utk dibaca.
4. sarapan pagi di DS dan bawa air mineral Sukida yg diisi pada awal minggu.
5. 1 hari 1 hadis dan pergi talaqqi Ustaz Shiham setiap Isnin.
6. Wish birthday akhwat dan at least bagi ucapan peluk cium. kalau ada duit lebih beli notebook atau cokelat kedburi.
7. bila terserempak dgn muslimat, salam peluk, pandang muka dgn mata berkaca-kaca dan senyuman menawan seikhlas mungkin. jangan lepas sebelum dia longgarkan genggaman.
8. berhenti dan hadapkan tubuh ke arah orang yg ditegur dan dilawan bicara. jangan potong cakap orang lain, dengar dgn teliti.  
9. tulis perkara yg nak dilakukan hari tu kat sticky note henpon dan hupdate selalu.
10. kurangkan penggunaan ganti nama diri "kita" dan membiasakan membahasakan diri dgn nama, "aku", "saya", atau "ana anti". uhuk.

oke tu je setakat ni. jejom! istiqomah *tangan bermuscle*


Comments

Popular Posts