Budak Tarbiyah #3


Gelap. Teriakan, jeritan memenuhi gegendang telinganya.

   Dia cuba membuka mata namun pandangannya sedikit kabur. Dia merasakan sesuatu yang pekat mengalir daripada bibirnya. Dia segera mengesat menggunakan tangannya.

Darah?

   Dia masih berusaha untuk melihat. Setelah penglihatannya kembali, barulah dia sedar apa yang sedang berlaku dihadapannya.

Pergaduhan.

   "Hoi Farid! Kau jangan fikir aku dah puas!" Kelihatan seorang remaja berpakaian sekolah yang dikotori darah dan sedikit terkoyak meluru kearahnya.

   Refleksi Farid agak pantas; dia mengelak tumbukan yang diacukan kearahnya. Tanpa membuang masa, dia terus menumbuk belakang remaja itu dengan sekuat hatinya, tepat tepat mengenai tulang belakangnya. Dia jatuh menyembah bumi sambil mengerang kesakitan.

   Kata-kata kesat tidak lekang daripada mulutnya. Belum sempat dia bangun, Farid sudah berada di atasnya dan menghadiahkan tumbukan bertubi-tubi. Kalau diikutkan, ingin sahaja dia menamatkan segalanya di sini, di belakang lorong deretan kedai tidak jauh daripada sekolahnya.

   "Sudahlah Farid. Mati dia nanti," kata Mat, seorang rakannya. Dia tidak mempedulikan Mat. Dia terus-terusan menumbuk lawannya di muka.
   "Farid, sudah! Lagipun konco-konco dia dah kalah!" kata seorang yang berbadan agak gempal. Kali ini dia segera diberhentikan oleh rakannya itu; andai dibiarkan kemungkinan besar lawannya itu akan mati ditumbuk.

   Dia segera berdiri, melepaskan genggaman rakannya pada bahunya. Dia membetulkan sedikit pakaiannya dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang tertewas.


  Siapa tidak kenal Farid? Dalam kalangan musuhnya, dia dikenali sebagai Farid Judo kerana kepakarannya dalam seni mempertahankan diri itu. Kehandalan dia menjadi buah mulut pelajar-pelajar SMK Jalan Mahkota dan juga pelajar-pelajar sekolah berdekatan. Acap kali juga dia terlibat dengan pergaduhan dan dia hampir ditahan oleh pihak berkuasa.

   Dia juga tidak terlepas daripada menikmati kehidupan bersosial bebas seperti 'clubbing' dan parti. Arak diteguknya seperti air mineral. Kata saja arak apa yang tidak pernah dicubanya? Daripada yang murah seperti Jolly Shandy kepada yang agak mahal seperti Jack Daniel's mahupun Label 5. Perempuan, usah dicerita. Keliling pinggang setiap masa. Bertukar pasangan menjadi rutin dirinya.

   Namun dia dikurniakan oleh Allah akal yang bijak. Allah sebaik-baik perancang, dan disebabkan itulah dia ditawarkan untuk belajar di sebuah kolej persediaan di Bukit Changgang, Selangor.

   Pada hari pendaftaran, dia dipertemukan dengan Muaz Hakim, seorang yang berwatakan warak dan baik akhlaknya. Sejak daripada itu, Muaz tidak pernah berputus asa untuk bersahabat dengannya walaupun berulang kali dia menolaknya.

Takdir Allah, suatu hari dia dipertemukan dengan seseorang yang benar-benar mengubah hidupnya.

"Farid!"

"Farid!"

   Farid tersedar daripada lamunannya. Rakan-rakan usrahnya memandang kearahnya. Dia serba salah lalu sekali sekala membelek buku Antara Hari Ini dan Semalam oleh Imam Hasan Al-Banna yang dipegangnya.

"Err, maaf. Ana hilang fokus tadi."

Mereka masing-masing tersenyum. "Kita kat muka surat 5," kata Adli, murobbi Farid.

Entah mengapa dia terkenang akan kisah lamanya.

Mungkin aku rindu akan dirinya, detik hatinya.





...



AF #1
AF #2

Comments

Popular Posts