Aku Mahu Tanya

bonda, aku mahu tanya;
inikah yang dikatakan sedih?

saban malam
mataku lebam
dadaku terasa sempit
saat esakan bisu
mengiringi luncuran air mata.

bonda, aku mahu tanya;
inikah yang dikatakan sedih?

saat aku inginkan hangat pelukmu
dalam dingin kekecewaan
dalam gigil ketakutan
walau untuk bangun di esok pagi.






Comments

  1. jangan sedih dan berlemah hati.

    Allah tak uji luar mampu kan?

    kuat-kuat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts