Awan Hujan atau Azab?



Salam alaik. Alhamdulillah. Haazaa min fadli robbi.

Merujuk kpd tarikh hari ni, hampir 2 minggu juga KMB dan kawasan sekitar dari perimeter Olak Lempit hinggalah ke Bt Changgang mengalami krisis air (sebenarnya hampir satu Selangor juga dah mula catuan). Dari acik guard hinggalah kepada Makmah koop. Adik2 tahun 1 pula terpaksa bercuti dan terus bermujahadah utk tarbiyah jarak jauh. Tidak lupa juga bonda dan ayahanda di Johor yg gigih berlawan dgn kekurangan air utk mengoperasikan kedai dalam masa yg sama melawan demam yg tiba2 menyerang. Risau bertandang sebab kes denggi mula mencanak naik. Ukhti Rifhan, yg sedang berperang dgn kesakitan di Hospital Serdang dan dgn izin Allah akan menjalani pembedahan pada esok hari. Nun jauh di bumi US, ikhwah fillah sedang berperang dgn maut. Allahurobbi, mudahkan apa yg terbaik utk mereka.

Trials afflict the believers. Ujian utk mereka yg disayang Tuhan.


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [29:2]


Ujian utk kuatkan iman. Ini bukan soal hipokrit, memang fitrah manusia. Sebab itu Allah buatkan ‘jalan yg berduri’ ini utk hamba-hambaNya. Biar kita sedar, Allah mahu kita acknowledge Allah itulah satu-satunya tempat minta tolong.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[2:155-156]


Mereka yg sensitif, yg peka, yg masih mempunyai hati yg mencari; akan menilai ujian sebagai satu ‘tamparan lembut’ dari Tuhan. Dia akan mula menangis dan menyesali kesilapan lalu, sekurang-kurangnya dia sedar ini balasan dari Tuhan! Dia takut murka Tuhan. Dia mula tinggalkan dosa yg terang2 dosa dan mendekati surau. Dia mula mencongak utk melengkapkan 5 waktu sehari semalam tanpa ragu. Mula menyelak Quran walau merangkak-rangkak membaca tanda. Frekuensi radio mula dialih ke Ikim.fm, tv Al-Hijrah. Walau kadang2 diri masih terumbang-ambing di lautan dosa, tapi tangan masih kuat mendayung perahu ke Pulau Syurga!

Namun ada yg masih jauh. Masih mencari asbab, asal muasal musibah yg menyusahkan dirinya. Dari memikirkan hikmah yg Tuhan cuba sampaikan, dia mula mencari jalan keluar kerunsingan jiwa, kepenatan lahiriah.

Dia mencari hiburan dan haus perhatian manusia berlainan jantina. bagai menangguk di air keruh, ujian dari Tuhan membuka peluang kebebasan.

Ini bukannya masa utk berlagak alim, katanya.


“Ahh bosan, tension!”

“Kalau Allah tu baik, kenapa Dia tak turunkan hujan? Kenapa Dia zalim ngan kita?!”

Heh. Religious skepticism. mungkin tak perlu "Like" page Murtads In Pantai Timur pun.
 
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Allah membiarkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang yang beriman itu bertawakal.” [3:160]

...

Mungkin, Allah tak nak solat sunat istisqa tengah padang dari kita. Allah nak solat sunat taubat dari kita.

Mungkin, Allah tak nak solat hajat dari kita. Allah nak kita buat dakwah sungguh2.

Mungkin, bukan sekadar sabar dan ikhlas dalam mengangkut air. Tapi sepenuh kehambaan kepada-Nya dalam hari2 kita.



"Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;" [71:10-11]


Wallahualam.







Comments

Popular Posts