Of coffee and papers.

Salam alaik. Cuti kali ini, cuti terakhir di KMB. *terus mode sedih*

Minggu lepas ada interview Manipal. Alhamdulillah petang tu terus dapat result. Unconditional offer. Tinggal lepas IB point je skg hakak oy! Ketaq la juga sekarang ni. cadangnya kat rumah akak usrah nak study group dgn akhowat sebatch yg tak balik juga. Tapi..err biarlah rahsia. *sambil melihat sepi gebo dan bantal* Naik cuti ni terus mock exam, IRP marathon lepas tu IB exam hohoy!

Hampir 2 tahun ditarbiyah. 18, 19, 20.. di bumi barakah KMB. mengenal erti hidup berTuhan di sini.. mungkin. Paling jauh pernah berkelana ke Aceh, Indonesia utk projek kemanusiaan, KASUKMA di Kedah, ber-PB di Pahang, kem di Broga, menjelajah stesen KTM dan LRT. Dgn izin Allah, ke India Oktober nanti. Aku belajar dari manusia2 yg menyapa di sepanjang perjalanan-- waima yg masih hidup ataupun meninggalkan tanda perpisahan di atas batu nisan. Kak Mum, Cik Yan, Pak Long Alias, Cikgu Hasnita. Ada juga seorang sahabat yg dulu pernah berjanji utk masuk music club sama2, kini di persimpangan antara hidup dan mati. Suicidal thoughts. Tak kira lagi-- panggilan dari UK, Eire, India. Kunjungan mesra dari Taylor, IMU, ziarah ke Notts.

Bukan sekadar kertas2 nota acid and bases, physiology dan calculus. Bukan sekadar straight As SPM.

“...kemudian mereka melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras...” [57:16]

Aku merindui saat sujud Ramadan pertama di KMB. merindui alunan zikir ya latif. Saat air mata tumpah di akhir daurah ISK. Merasa muraqabah, merasa ihsan. dan yg paling penting ialah hati yg salim, tenang bila betul2 merasa keterikatan dgn Tuhan. Apa lagi yg ditakuti seorang da’ie jika hati tak sebasah seawal tarbiyah! Himmah dan hamasah bagai nyalaan lilin, meliang-liuk ditiup angin emosi dan futur. Tidak hairanlah, senior selalu pesan-- kembalilah ke tempat 'jatuh' dalam tarbiyah utk menghidupkan jiwa yg lesu.

Seorang da’ie itu ibarat pokok, bercambah dari benih keimanan, dibajai tarbiyah disirami ukhuwah agar dapat menghasilkan oksigen—memberi nafas kehidupan. Fungsinya akan terbantut jika tidak memberi dan bermanfaat. Carilah peluang utk menjadi muajih, sama ada di alam realiti mahupun online. Dapatan dari usrah dan bacaan buku fikrah adalah utk diimani, dgn cara menyebarkannya kpd 'benih2' yg ingin disiram dgn dakwah rabbani. Dgn cara menyampaikannya, kita akan dpt meluruskan pemahaman dan berusaha utk mempelajarinya dgn lebih dalam lagi. janganlah kita menjadi agen pencairan dan mencair!

Syeikh Muntalaq melihat peri pentingnya seorang da’ie mukmin itu sentiasa dalam tarikan iman, sibuk dalam dakwah dan tarbiyah. Agar tiada masa kosong utk tersusun dgn jahiliyyah. Seorang da’ie itu kurang masa tidurnya. Masa belajar utk IB exam tak sama dgn orang2 kebiasaan, jadi seorang da’ie itu sering dikaitkan dgn kopi dan sakit belakang.



"Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusanku dgn manusia tidak selesai. Aku tidak dapat tidur di malam hari, takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai." - Saidina Umar Al Khattab RA








p/s : sedang cuba belajar dgn ihsan.


Comments

Post a Comment

Popular Posts