Refleksi Sang Mukmin

(sila mainkan lagu ni ketika anda sedang membaca utk fefeling sikit.) 

Bismillah..

Al-jumuah. Seminggu dah berkampung kat rumah akak usrah. Tipulah kalau tak ada rasa bersalah dgn ibu sebab tak balik, sekejap pun jadilah. Birul waalidain. Tarbiyah famili mungkin tak dapat dicater waktu ni.

Seminggu kat sini, niat asal memang nak tarbiyah yg berterusan utk mengelakkan kefuturan, plus study mantap2 utk mock exam hari isnin ni dgn usrahmates tercinta. Hari ahad plan nak pergi walimah sorang akhowat ni, tapi sob sob. akak yg nak bawa kitorang jadi muajih ISK, after zohor pun tak habis lagi. Even tak dapat dtg, terghase la juga bahang bait al muslim tu eheh. Kesedihan tu akhirnya dihilangkan dgn cendol durian bakar muehehe akak belanja. Okethxby.

Semalam plak walimah akhowat kat Kelantan. Tak semudah nak mengisi borang dan bernikah dgn ikhwah, perkahwinan adalah suatu perkara yg besar dalam dakwah dan tarbiyah. Baitulmuslim sepatutnya ialah tangga seterusnya dalam perjuangan Islam, bukanlah ruang utk meninggalkan pembentukan fardhu muslim itu sendiri. Pembinaan fardhu muslim tak akan pernah berhenti! Cuma kali ini, dah sinergi. Pembinaan manusia itu tetap berjalan dan sang zaujah tetap perlu keluar rumah utk berusrah, membawa liqo’, berdaurah dan berjaulah waima dalam keadaan sarat mengandung! Pheww.. Bukanlah terperuk di rumah dan taat kepada suami sahaja. Pernah juga terfikir, kebanyakan akhowat yg aku jumpa hampir mencecah umur 30-an dan masih bujang. Jawapannya mudah, belum jumpa ikhwah yg sebenar! heh. Ini bukan soal hati dan cinta semata, tapi fikrah yg ‘pekat’ tu sendiri menjadi kriteria yg dicari.

Hari pertama masak sendiri ialah hari paling lambat lunch, pukul 4 petang *tepuk dahi* memang betul2 ukhwah bila kat dapur tu. Yg paling penting, proses taaruf tu sendiri. Bukan setakat makan tidur sama-sama, dari cara masak pun dapat kenal akhowat tu camna. Aiseymenn.. Bak kata seorang akhowat, binalah kenangan tu. buat antidote time ‘jauh’. At first memang rasa jauh sebab masing2 dah fly ke Ireland, tp ni jauh dari Allah! Futur namanya.. T-T

Perasaannya lain, travel sorang waktu zaman innocent sem 1 dulu ngan sem 4 sekarang. Dulu dari Johor ke TBS sorang2. Rasa sangat kuat berbicara dgn Allah saat bimbang dgn keselamatan diri dan takut perkara buruk berlaku kat tempat asing. Setiap langkah, terasa betul2 tawakal. Allahurobbi.. rindu.. jadi Allah hantarkan guruh dan kilat saat nak balik ke Bangi. Terasa Allah betul2 wala’ masa tu. thank you ya Allah T-T

Dalam jalan ini, aku temui mereka yg super qowiy dan mereka yg... meninggalkan jalan ini, mungkin utk sementara waktu. Itu yg aku harapkan.

Memetik kata2 Ukht Mary Ann, “Why not Islam?” Dan aku juga mahu bertanya, “Kenapa bukan jalan ini ya ukhti?”

 ....

 "...Dan Allah yg mempersatukan hati para hamba beriman. Jikapun kau nafkahkan perbendahaaraan bumi seluruhnya utk mengikati hati mereka, takkan bisa kau himpunkan hati mereka. tetapi Allah-lah yg telah menyatupadukan mereka..." [8:63]

"Mukmin yg satu adalah cermin bagi mukmin yg lain." ujar Sang Nabi. 

Bercerminlah.
lalu saat kita menemukan hal2 yg tak terkenan di hati dlm bayangan itu,
kita tahu bahwa yg harus kita benahi (perbaiki) bukanlah sang bayang2.
Kita tahu, yg harus dibenahi adalah diri kita yg sedang mengaca. 
Yg harus diperbaiki bukan sesama yg kita temukan celanya, 
melainkan peribadi kita yg sedang bercermin padanya. 

- Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A Fillah.








Comments

Popular Posts