Rijal 'Ibadurrahman

Derapan langkah kadang-kadang pantas bagai dikejar malaikat maut! Ada kalanya, terlonglai layu lalu terjelepok jatuh di perbaringan. Ahai!

Oleh itu, langkah bermula perlu digarap sederhana dgn matlamat yg justeru perlu jelas.

“ Bila aku keluar nanti, aku nak mutarabbi aku jadi apa?”

“ Cam tak rasa ‘da’ie sebelum sesuatu’ je? Aiseymen.. time liqo’ daurah je rasa angelic.. paroh ni!”

“ Qudwah qabla dakwah ke..... bola besi ‘akidah’ yg mencair? Gulp.”

Fiqh dakwah dan toriq amal. terasa serba kekurangan. Risau dgn strategi yg dicanang. Adakah betul2 mengikut strategi dakwah Mekah atau sekadar khayalan UA di medan lokaliti dgn ukhwah tahap diabetes dan ta’lim2 mingguan lalu berkompromi dgn usrah 30 minit di waktu musim exam?

Tajarrud. Ini belum apa2. Baru belajar IB utk terbang ke bumi al-Maududi. itupun kalau belajar betul2 ikhlas, amanah dan tak mengharap apa2 balasan. Belajar kerana atas dasar faridah dan jihad. Bila dikenang kembali, point masih di range 20-an, kerja masih di-procrastinate. Alahai hilang sudah kesucian ilmu yg dibawa Ibn Sina dan al-Khawarizmi.

Duduk bersama, beriman sejenak. Mari. Kerana hati mudah berbolak-balik bak periuk yg menggelegak panas berkepul-kepul asap. Mari. Arrijal bukan sembarangan, ini rabbaniyul rijal!

Rijal ini yg menjaga harum suci dakwah, yg mudah rapuh dan bakal berkecai bila di tangan da’ie yg bermain-main.

Rijal ‘ibadurrahman.
al-Furqan:63-74 

Jelas matlamat abid dan khalifah itu utk meninggikan kalimat kebenaran di muka bumi ini agar harakat alam buana dan harakat manusia seimbang gerakannya. Mengharap cuma rahmat Allah utk singgah masuk ke syurga.

Rijal yg hauna (menunduk hatinya) bersujud pada Tuhan pada setiap langkahnya dan kolu salama (menyantuni) setiap insan pendosa; menyapa dgn harum cinta Ilahi.

Islam itu agama harapan, bukan skepticism dan sarcasme. Siapa kita utk menyelak ruangan hatinya dan menilai dia sudah kebal dari nasihat dan tarbiyah? Atas dasar dia tergelincir ke lembah dosa, kita sudah menidak jengukannya ke Arrayyan?

Kononnya kita sudah menempah dipan2 di Jannah selepas hadir liqo’, daurah, berorganisasi hijau NGO bagai, jaulah di Bt Broga dan berukhwah fillah berakhi ukhti?

Justeru rijal ‘ibadurrahman itu sangat berjaga-jaga agar tidak didakap ummu hawiyah walau hanya disebabkan besar sebiji sawi rasa sombong dan riak itu! Syurga baginya sangat jauh. Dgn kerja dakwah main2 ini? Mana mungkin!

Rijal ini bangkit pada waktu malam, sujjada wa qiyaama. Rijal ini;

"...Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya." 
[3:79]

Aku ingin sekali berjual-beli dgn Tuhan. Namun apa daya, kaki sering tersadung dan terjatuh ke lembah dosa! Ya Tuhan, hanya istighfar yg mampu aku bayar utk syurga! apa lagi yg aku damba kalau bukan keampunanMu ya Rabb..

Allahu Allah, ingin sekali aku bergelar hawariyun.

“Ya, aku! aku! nahnu ansarullah!”




p/s: andai bumi tarbiyah ini tercemar saat kita pergi-- biar kita tinggalkan peluh dan darah di sini, ukht.

rujukan : 12 Ciri 'Ibadurrahman Yusuf Qaradhawi

Comments

Popular Posts