Posts

Showing posts from April, 2014

Of Khusyook

Image
Bercakap mengenai solat, ia akan banyak menyentuh soal kehambaan, kesyukuran, taubat, tahajud, benteng daripada dosa dan pertolongan. Solat memberi konotasi yg berbeza mengikut cara pandang seseorang. Ada yg menjustifikasikan keperluan solat dari segi saintifiknya, malah ada yg solat hanya kerana sudah menjadi ‘budaya’ mahupun ‘rutin’.

Bagi seorang da’ie, solat seharusnya sudah disuntik ‘roh’ rabbaniyah itu sendiri.

Selama hampir 18 tahun, solat hanya menjadi satu ritual dan penghambaan kpd teks, aku mencari erti solat yg sebenar.

Supplication is the essence of worship, khusyook is the essence of solah. so, lets strive to perfection of our solah!

Pra-solat. 


*kof kof, opkos kena tinggal semua kertas IRP, jalan lelaju pergi surau dan bergegas utk solat dulu baru boleh pergi ke next step! ohoyy*

1) Wuduk yang betul dan sempurna. Wuduk ialah penyucian lahiriah dan batiniah. Jadi, setiap basuhan hendaklah diiringi istighfar dan mohon Allah hapuskan dosa2 yg dilakukan setiap pancaind…

Rebah

Merebah;

Tuhan ajar aku tentang rasa sakitnya

Bila petaka mengundang aku melolong kehilangan

Bila musibah mendatang aku menjual satu pendirian

Bertopengkan penipuan aku berlari kesesatan

Sempit! Dunia menghimpit.

Aku takut pandangan hina dunia

Sehingga lupa Ar-rahman Tuhan.



Sungguh ini aib

Dalam ghaib muraqabah Tuhan.

Tuhan tidak pernah salah

Mencatur jalan manusia.

Terselindung busuk maksiat

Ketar saat aku menghulur harum kemboja

Ironi.



Merebah;

Tersungkur sujud

Dalam gelap malam cahaya itu wujud

Fafirru ilallah.

Selagi Tuhan tak berpaling

Selagi itu Tuhan cinta.