Of Khusyook


Bercakap mengenai solat, ia akan banyak menyentuh soal kehambaan, kesyukuran, taubat, tahajud, benteng daripada dosa dan pertolongan. Solat memberi konotasi yg berbeza mengikut cara pandang seseorang. Ada yg menjustifikasikan keperluan solat dari segi saintifiknya, malah ada yg solat hanya kerana sudah menjadi ‘budaya’ mahupun ‘rutin’.

Bagi seorang da’ie, solat seharusnya sudah disuntik ‘roh’ rabbaniyah itu sendiri.

Selama hampir 18 tahun, solat hanya menjadi satu ritual dan penghambaan kpd teks, aku mencari erti solat yg sebenar.

Supplication is the essence of worship, khusyook is the essence of solah. so, lets strive to perfection of our solah!

Pra-solat. 


*kof kof, opkos kena tinggal semua kertas IRP, jalan lelaju pergi surau dan bergegas utk solat dulu baru boleh pergi ke next step! ohoyy*

1) Wuduk yang betul dan sempurna. Wuduk ialah penyucian lahiriah dan batiniah. Jadi, setiap basuhan hendaklah diiringi istighfar dan mohon Allah hapuskan dosa2 yg dilakukan setiap pancaindera dan anggota badan. Tutup dengan doa selepas wuduk.

2) Kurangkan gangguan external seperti bunyi tv yg terlalu kuat, bilik yg bergambar, phone di depan sejadah dan buku chemistry. Sebaik-baiknya solat di surau dan berjemaah.

3) Mindset. Prepare badan dan minda kita utk solat dgn solat sunat qobliah.

4) Baca surah An-nas sebagai perlindungan dari gangguan syaitan.

Semasa solat.

5) Tujuan solat adalah tanda syukur dan sujud. Adalah tidak patut utk masih attach dgn dunia ketika solat. kita ada berjam-jam lagi utk memikirkannya, kenapa perlu juga diserabutkan dalam solat yg hanya 5 minit itu? *jangan buat schedule masa solat!* lagipun, adakah kita yakin akan hidup lagi selepas sujud nanti? T-T

6) Memahami dan menghayati setiap butir kalimah yg dituturkan.





7) Merasa ihsan, iaitu seperti melihat Allah dan Allah melihat kita. Merasakan bahawa malaikat maut di belakang, syurga di kanan dan neraka di kiri.

8) Utk menghalang sebarang bayangan/fikiran2 duniawi, mohonlah apa2 doa di dalam hati. contohnya, berikanlah hidayah kepadaku, keluargaku. Lembutkan hati mutarabbiku..

9) Kurangkan pergerakan yg tak sepatutnya contohnya menggaru-garu hidung, membetulkan kopiah/telekung.

Pasca-solat.

10) Solat sunat ba’diah  utk menampung cacat marba solat kita T-T

11) Doa sungguh-sungguh! jangan dok gatal tangan nak picit2 jerawat!

12) Kekalkan sujud kepada Allah walau di luar solat. we’re both worshipper and slave of God.

Biiznillah!

Teruskan istiqomah!

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), [Fussilat 41:6]





Comments

  1. Salam wahai jiwa yg tenang :)

    Bila bercerita ttg solat,Izinkan hambe brtanye satu soalan.
    Rukun pertame solat itu niat.jadi apakah itu niat,dan cara niat yg betul?

    ReplyDelete
  2. wassalam wbt. urm, kita bercakap tentang praktikaliti terus ye. kalau dah berada di tikar sembahyang, tu dah berniat nak solat lah tu. berbeza dgn orang yg niat nak solat, tapi masih berada di hadapan tv. niat datang dgn tindakan/amal.

    cara yg betul, bisik dalam hati "nak solat kerana Allah" pun dah cukup sebenarnya. sambil angkat tangan dan sebut "Allahuakbar", bisikkan terus dlm hati.

    ReplyDelete
  3. Wallahualam. harap membantu! ;)

    ReplyDelete
  4. Bagaimana nak melihat Allah ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts