Rebah


Merebah;

Tuhan ajar aku tentang rasa sakitnya

Bila petaka mengundang aku melolong kehilangan

Bila musibah mendatang aku menjual satu pendirian

Bertopengkan penipuan aku berlari kesesatan

Sempit! Dunia menghimpit.

Aku takut pandangan hina dunia

Sehingga lupa Ar-rahman Tuhan.



Sungguh ini aib

Dalam ghaib muraqabah Tuhan.

Tuhan tidak pernah salah

Mencatur jalan manusia.

Terselindung busuk maksiat

Ketar saat aku menghulur harum kemboja

Ironi.



Merebah;

Tersungkur sujud

Dalam gelap malam cahaya itu wujud

Fafirru ilallah.

Selagi Tuhan tak berpaling

Selagi itu Tuhan cinta.






Comments

Popular Posts