I love you just the way you are.


(kof kof. sambil baca, sila mainkan lagu ini.)


saat pertama kali aku melihat dirimu
hatiku berdebar
kencang!
adrenalin seakan tak mahu melepaskan cengkaman pada jantungku.
oh aku jatuh cinta pandang pertama
pada cebik senyummu,
pada lirik matamu yang jernih,
pada tawamu yang riang,
pada seriusmu berfikir.

aku mula menyusun langkah
ingin mendekati
mencari selesa bersama.
aku ingin berbicara denganmu
ahh alangkah indahnya dapat berkongsi cerita
mencari genta rasa yang serasi
kerana aku tahu, aku dan kamu--
kita ditakdirkan bersama.

kita lalui jalan itu bersama
indah!
beriringan dalam rimbun taman syurga
berdakap dalam hiba sesalan
mencari ruang dalam rahmat Tuhan
berteleku dalam fitrah kehambaan.

namun pelangi tak sentiasa ada
aku merasakan kurang
ada keruh dalam kejujuran kita
ada canggung dalam bicara 
ada silam yang kau sembunyi
ada waktu yang tak bisa kau berikan
aku mula menyoal, adakah ini betul-betul cinta?

dalam mencari retak
aku rupanya yang tergoncang lemah
pada iman yang tak sempurna
aku mencari salah pada dirimu.

aku kembali kepada cinta Ilahi yang teragung
untuk belajar kembali
bagaimana untuk mencintaimu. 

rupa-rupanya cinta ini tak perlu difikirkan 
kerana ia akan memancar
dari hati yang terikat pada langit.

aku mula kembali,
'to love you, just the way you are'.

jadilah Harunku, yang menguatkan gagap bicara
jadilah Mus'ab bin Umairku, yang sentiasa mengetuk pintu hati
jadilah Bilal bin Rabahku, yang memaafkan saat masih ada lagi jahiliyyah pada diri
jadilah Ali bin Abi Talibku, yang sentiasa berkata-kata dengan ilmu
jadilah Khalid al-Walidku, yang berjihad bersama menggapai kemenangan
atau bergelar syuhada--
walau engkau tetap engkau
kerana ukhuwah itu pada mata yang melihat
bukan pada yang dilihat.


....



selamat ulangtahun ke-19. 





Comments

Popular Posts