GarisanMu




Berkali-kali cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha merentang didepan mata
Bertali arus langkah ku tak terus
garisan ku rasakan halus tak bisa ku tembus
pemisahnya cuma aku dan doa pada diriMu
Antara putus asa sia-sia atau terus mara menbara

Ya Rabbi Ya bantulah hambaMu
Ya Rabbi Ya luruskan hatiku
Ya Rabbi Ya ku pinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku

Ya Rabbi Ya hanya kepadaMu
Ya Rabbi Ya tempatku mengadu
Ya Rabbi Ya ku pinta rahmatMu
Melimpahi kehidupanku

Hidup dan matiku semua hanyalah untukMu
Allah Tuhanku yang Satu.


..............

2 tahun. 
heh.

"7 tahun kau buat medic?! whadde.. orang dah kahwin kau still buat clinical.." 
"At least aku kahwin masa dah cukup matang. kalau kahwin awal tak ready tak guna juga.."

"Muka ngantuk je kau.."
"Aku dah tak tidur 2 hari ni siapkan EE.."
"Camna kau stay up ni?"
"Huh? redbull."

"Dee, pergi mana?
"Meeting fitness club,"
"Eh petang tadi yg kau tak ada buat apa?"
"Set up dewan utk hari guru.."
"...."

"Backpack g mana?"
"Masjid putra.. ada mabit,"
"Minggu lepas bukan dah keluar juga?"
"Tu program kat Shah Alam,"
"Laa.. bila kau nak belajar ni?"
"Nak belajar memang kena kat bilik dengan meja kerusi selesa semua ke?"

"Awak tak faham ke apa yg saya ajar kat kelas?"
"Fa..faham cikgu,"
"Habis tu kenapa tak boleh jawab?! ish awak ni..."



dengan kurnia Tuhanmu engkau bukanlah orang gila.
[68:2]



hampir terjelepok dalam larian ke garisan penamat IB
hampir tak bangun-bangun.

akhirnya aku di sini. 



Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. [93:4]



aku jumpa 'diri' aku.
yg dulunya mencari-cari 'sebuah karakter' pentas dunia.
Fynn Jamal, Yuna, Trisy, Addeen, Joanna.


Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

Dan didapatiNya engkau serba kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan?
[93:7-8]


kehidupan. 

hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yg tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yg mengecapinya sahaja. ia adalah suatu kenikmatan yg meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. - Syed Qutb, Mukadimah Zilal. 



"Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yg luhur." [68:4]


garis penamat IB adalah titik mula perjuangan sebenar. infiru. 



mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yg pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam 
cita-cita mereka, menggembirkan hamba dgn perhambaan
seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan. 
-Muntalaq-








Comments

Popular Posts