Roti Canai

"Artis boleh bayar ribu2, takkan ustaz yg bagi ceramah maulid berkira nak bayar seribu dua," ujar ayah sambil menguis cebisan roti canai dgn kari dal. Ayah baru je cerita maulid Masjid Kg Tengah kali ini penceramahnya dari TV Al-Hijrah. ohoy!

"Urm betul-betul.." ujarku sambil mengunyah roti canai yg selamat dicicah dgn sambal. Semenjak bermastautin di bumi Selangor, terseksa rasanya makan roti canai hanya dgn kari. itu tak kira lagi pisang goreng tanpa sambal kicap!

"Biar diorang semangat sikit nak buat dakwah. diorang tak mintak pun, kita bagi je la.." tambah ayah lagi.

"Setuju sangat yah.. kalau tahfiz lagi murah rezeki,"

"Jangan cakaplah, kalau Ramadan tu berkepuk-kepuk duit. Rezeki tu tak ke mana.."

...

teringat jawapan Hatim Al Asham bila ditanya atas dasar apa dia bertawakal kpd Allah. Dia menjawab, "Aku yakin rezekiku tidak akan dimakan orang. kerana itu, aku tenang. aku yakin amalku tidak akan dikerjakan orang. kerana itu aku sibuk beramal. aku yakin kematian akn dtg dgn tiba-tiba. kerana itu, aku selalu siap menghadapinya. dan aku yakin bahawa aku tidak mungkin lepas dari pengawasan Allah. kerana itu, aku malu dari-Nya."

sambutlah semangat ibu-ibu dan bapa-bapa kita. raikan cinta mereka mencari Tuhan. walau dgn apa cara sekalipun. Yaasin 3 kali di masjid masa malam nisfu Syaban? jangan dihalang. justeru kitalah yg bertanggungjawab memperbetul niat mereka agar tak bersandarkan pada mana2 amalan atau bid'ah. 





[repost dan edited dari fesbuk 11/2/2014]





Comments

Popular Posts