Sang Kader Dakwah : Tatihan Murobbi

 
    Ayse mengeluh kasar. Sambil memejam mata dia kuatkan genggaman tangan dgn harapan agar tekad tersimpul di hati utk mengemas biliknya. Kehidupannya sebagai pelajar IB, opppss.. silap. Kehidupan sebagai seorang da’ie menuntutnya memerah masa dan keringat utk study, urus aktiviti kolej dan paling vital ialah posisinya sebagai seorang akak naqibah.

    Ayse tak nak buat kerja sia-sia. Dia lazimkan kalimah istighfar meluncur laju dari bibirnya agar niatnya sentiasa tertajdid. Kebersihan dan kekemasan adalah cabang muwasafat tarbiyah. Wajib baginya utk mengimplementasi apa yg dilaung-laungkan pada anak usrahnya. Ihsan. Allah lihat hambaNya kat mana-mana sahaja waima di ruang paling kecil di kolpernya itu. Setiap inci kehidupannya perlu pada tahap yg terbaik.

   “Allahurobbi...” Ayse tertancap pada sekeping buku nota berwarna biru dan bercorak bunga-bunga kecil. Itu hadiah murobbinya, Kak Farisha setahun yg lalu. Dia selak perlahan setiap satu muka surat.

Jemarinya terhenti pada halaman bertarikh 12 Mei 2013.



Daurah Murobbi.

12 Mei 2013

Zilal Hall

Kak Jiya Ireland.

 


Rukun tarbiyah
1. murobbi 

2. mutarobbi
3. manhaj (sistem)
4. biah

Rukun 1 : Murobbi


- kena cater pembentukan/taqwin mutarobbi dari 3 aspek

1) thaqafi – otak/ilmu

- bincang isu semasa

- dengar recording

- bedah buku (dasar-dasar Islam, Muntalaq etc)

- tengok video/movie dan ambil ibrah

- usrah (tilawah, tadabbur, tazkiyatun nafs)

- baca sirah sahabat

2) ruhiyy imani – hati, “basah”

- set mutabaah amal mingguan/bulanan

- khatibah dan mabit

- bagi pengisian dulu utk fahamkan mad’u kenapa kena buat (cth: bagi tafsir al muzzammil utk tuntutan qiam)

- buat secara jama’ie, murobbi buat dulu

3) suluki akhlaqi – amal iaitu akhlak muslim + da’ie (guideline ikut 10 muwasafat/sifat tarbiyah)
- qudwah yg bukan dibuat-buat

- cth; infaq dalam usrah

- kena ada ruh beriman kpd Allah- percikkan rasa utk beramal, tak perlu tazkirah yg panjang

- wujudkan rasa Rabbani dalam setiap perkara yg dibuat (kaca mata Islam) utk bagi kesan ruhiyy.
 

keperluan khusus peringkat asas

- kena ambil berat tentang hubungan dan masalah peribadi – muayashah kena mantap.

*boleh kurangkan ikut usia tarbiyah.



Rukun 3 : Manhaj (sistem/metode pelaksanaan)

1) Hadaf/objektif – “tarbiyah bil ahdaf” 


nak mutarobbi kita...
 

- menyokong fikrah kita

- mengambil berat utk menyebarkan fikrah kita

- mengambil berat isu mengenai umat Islam

- mempelajari mafahim asas (hujah/dalil) dalam dakwah


2) Bahan

- bahan – nak bagi bahan apa utk capai objektif liqo hari tu/jangka masa panjang (tahunan)

- kandungan bahan - tak sentuh semua, tapi boleh "goreng" ikut tahap mutarobbi

- wasail – kaedah utk capai objektif/cara sampaikan bahan

- taqwim – check kefahaman dgn tanya feedback, pendapat + refleksi 


- cth: tafsir fi zilal 3 qul, sirah nabawi, ISK, IPK, SH etc.


3) Wasail (kaedah)

- usrah

- daurah

- mukhayam

- nadwah

- mabit

- ta’lim

- jaulah

- rehlah

 

4) Taqwim (penilaian)

- menilai kemenjadian objektif tarbiyah

- checklist – 10 Muwasafat tarbiyah

- cth; kehadiran, ketepatan masa, kesungguhan dalam masail, perasaan terhadap dakwah.



Rukun 4 : Biah

- medan amal + praktikal

- lajukan tarbiyah

- cth; solat jemaah + kulsem, RI (rumah Islah)


   Ayse menutup perlahan buku nota biru itu. Dia sedar semuanya bermula dari dirinya. Mana bisa dia menuangkan air ke gelas jika jug masih tak berisi penuh. Pada awalnya dia mempersoal. Kenapa perlu semua ni?! Tak cukup ke mesej adik-adik, ada usrah pukul 6 di surau besar, membebel sikit dan akhiri dgn makan. Ye, memang tak cukup. 

   "Apa kompas dakwah aku..." Ayse bermonolog sendirian. 

  Dakwah kita.. dakwah yg mengubah.. taghyir..

  Lantas suara itu terngiang-ngiang kembali dan menyebabkan adrenalin menerpa ke jantungnya. Ini bukan main-main. Ini masa utk serius. Lantas Ayse mencoret nota utk liqo'nya esok hari dan berkira-kira utk menghafal sepotong ayat. 


....

nak lagi mantap? dapatkan buku ini oke! 




http://imanshoppe.com/index.php?route=product/product&product_id=1077&tracking=538fb0e7f0933

 







Comments

Popular Posts