Ramadan, Aku dan Dia.

Salam alaik.

Ini penulisan pertama selepas sunyi seketika dalam mimpi “yeay aku dah habis IB!”. Berkejar tak cukup tanah juga lepas habis exam, dengan BTN, urus dokumen dan program2 yg lain.

Menghayati kembali kata2 sakti Salman al-Farisi bahawa bukan tanah yg menyucikan diri seseorang tetapi amalnya yg memainkan peran utama. “Tanah” di sini kita boleh definisikan sebagai tempat belajar, rumah, M’sia, Ireland, UK, India atau mana2 lokasi sekalipun. Berakhirnya perjuangan 2 tahun di “gua” KMB, ia seharusnya menjadi mukadimah kehidupan, bukanlah epilognya.

"Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yg mereka sembah selain Allah, maka carilah TEMPAT BERLINDUNG ke dalam GUA itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu yg berguna bagimu dlm urusanmu." [18:16]

Amal kita sepatutnya menjadi hujah keberadaan kita di suatu tempat. Apakah perubahan yg telah kita bawa? Adakah “arusnya” telah berubah dan kita berjaya “menghalakan” pemikiran manusia ke arah kehidupan yg lebih bermakna?

"Wahai orang2 yg beriman! penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yg memberi kehidupan kepadamu," [8:24]

Usahlah bercerita jauh tentang masalah di Kolumpo, Perak, US, Amsterdam, Ukraine mahupun Ghazzah jika kita masih tidak menyedari bahawa kapasiti dakwah kita adalah di bumi kaki berpasak, di langit kepala mendongak.

Tidak salah memperjuangkan idea2 kemanusiaan dan hak majoriti/minoriti, solidariti utk Palestin, MH370 dan MH17, agenda Negara-ku, menjadi aktivis memberi makan “VVIP” jalanan mahupun mengajar kanak2 yg “terpenjara” di dalam bilik darjah. Itulah Islam, selari dgn fitrah manusia—ini dakwah kita kpd bukan Islam (mahupun Muslim) bagi menunjukkan kesyumulannya. Ini belum apa2 dah hudud sana hudud sini. Mana depa nak terima.

Tapi lebih cantik jika aktivis2 ini memperjuangkan Islam juga dlm diri mereka. Islam yg sebenar yg dianalogikan Tuhan dalam Surah Ibrahim ayat 24-27 sebagai pohon yg bertunjangkan akar (iman) yg kukuh sehingga tinggi melangit dan berbuah manis harum. Confirm, kemenangan adalah di pihak kita. Menang perang ke?! “Menang” dlm dewan exam juga! (ehem, ib point berapa kak? Erk!)

Ramadan “berdarah” kali ini mungkin memadam harapan dan tumuhat (cita2 tertinggi) sebahagian drpd kita. Manusia semakin gila memperjudikan nyawa manusia bagi kepentingan kuasa dan agama (Yahudi dan Nasrani). Dalam kegelapan, Allah tak pernah jauh. Dia sentiasa ada ibarat cahaya subuh yg tak pernah hilang, dhuha yg sentiasa ada. Begitu juga kita, al-Quran dan lailatul qadr. Mungkin ada yg berfikiran bahawa Ramadan kali ini kurang produktif (disebabkan sudah tidak berada di KMB ataupun alasan2 yg lain) dan menidakkan “jemputan” Allah bagi 10 malam terakhir. Seakan-akan ada sticker “HIPOKRIT” tertampal di dahi kita! Aiseymen..

Ibarat sang lailatul qadr ketuk2 pintu dan bertanyakan, Do you wanna build your iman?~~~

Percayalah, amal yg Allah terima ialah amal yg ikhlas, tidak semestinya perlu banyak. Walaupun kita rasa dah terlambat, better late than never. Dan amal itu tak semestinya 2/3 malam di atas sejadah, waima di LRT, bas dan komuter bila nak balik kampung sekalipun. Dakwah kita ialah akhlak kita, sebarkanlah manis dan harumnya Islam di mana2 sahaja kita berada.

Wallahualam.




 #imansado




Comments

  1. wah! tahniah awak. moga Allah permudah urusan seterusnya. ;

    eh lepas ni sambung mana?

    salam aidilfiri in advance. moga amal saat ramadhan ini mampu kita istiqamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah khair sis Chad. kat manipal ni. moga Allah menjagamu..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts