Posts

Showing posts from August, 2014

Menjadi Rabbani dalam Berilmu

Image
Salam alaik.

Banyak membaca hanya akan “menggemukkan” kita dengan ilmu, bukan kefahaman. Setiap pembacaan seharusnya disusuli dgn ujian kefahaman yg boleh dilakukan sama ada melalui tindakan, penulisan, mahupun perbualan; secara formal mahupun tidak. Menulis atau membicarakan sesuatu isu akan mengerah sel2 otak utk mengumpulkan memori dlm satu “kolektif fail”. Ilmu yg bercabang-cabang drpd pelbagai sumber akan dikumpulkan mengikut perkaitan lalu menghasilkan satu konklusi/nama fail yg harmoni.

Proses asimilasi ilmu ini dapat kita lihat pada ujian berbentuk konvensional iaitu kertas peperiksaan mahupun praktikaliti di dunia sebenar. Contohnya,  “news feed” Facebook hanyalah sebagai medan bagi mendedahkan kita terhadap realiti dunia yg sebenar. manakala ruangan komen adalah bagi mengekspresikan perasaan dan hasil proses penyulingan maklumat yg diterima. Tulisan kita bakal melambangkan mentaliti (fikrah) kita. Kita ada pilihan utk memberi reaksi dan pendapat sama ada berbentuk provokat…