Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Salam alaik.

Minggu ni ibu baik sangat *koff koff*. Maybe sebab aku dah nak fly kot err. Aku ceritalah kat ibu yg masa duduk di Masjid Putra Ramadan yg lalu, katering ada sediakan sejenis kudapan yg sedap ya Allah masa moreh. Tapi sikit je dan ‘limited’ semestinya. Rupa-rupanya tu pengat sagu. Cucuk sikit je lepas tu ibu kata dia dah suruh Anas beli sagu biji *mata bersinar-sinar*

Payback time! Pagi tadi aku masakkan nasi goreng cendawan perisa tomyam sebab nampak kiub tomyam ayah bawak dari kem dalam bakul bawang. Tersengih-sengih dari mula potong lobak sampailah gaul nasi dengan rencah ikan bilis. Telefon ayah tak payah beli sarapan akak dah masak. Allahu berbunga-bunga hati hari ni.

Alhamdulillah..

Allah bagi peluang hari ni birul walidain, berbakti dan berkasih sayang dgn mereka yg aku cintai keranaNya. Sempat juga abang makan tadi sebelum dia keluar. Semoga Allah permudahkan urusanmu, abang.

Menerawang jauh teringat adik2 tercinta yg bakal menempuh minggu orientasi di UNISZA T’ganu, UPM Serdang, UKM Bangi, UTM Skudai. Allahu selamat berjuang! Jalan dakwah ini masih jauh. Kukirimkan doa agar antuna tsabat di jalan yg satu ini. Teringat seorang sahabat high school yg baru selesai matrik 2 tahun, kini di UPM.

“Aku teringin nak suami doktor haha,”

“Ewahh.. yg kat RCMP tu?”

“Urm aku dah tak dengan dia dah.. tak sesuai kot,”

“Urm...”

“Sejak clash ni rasa tenang je.. nak tahajud pun ringan,”

“Huh?”

“Aku dah pakai tudung labuh sekarang. Family aku pun support! Tak sangka betul. Diorang pun dah perlahan2 berubah..”

*banjir*

Aku semakin yakin. Ihfazillah yahfazka. Kita jaga urusan dgn Allah, kita jihad dgn buat dakwah- percayalah Allah selesaikan urusan2 kita yg lain. 

Dari jauh ingatan menjengah sahabat yg berada Pulau Pinang. Mungkin sedang berzikir sayu di sebelah ayahanda tercinta yg lemah berselirat wayar. Mungkin juga tanpa selera menggagah diri menjamah sarapan di sisi bonda tercinta dengan harapan diri ini mampu mengukir senyumnya dlm kedukaan. Ujiannya besar namun tak mampu menumbangkan keyakinannya pada Ya Latif. Apatah lagi dgn hujanan doa dari sahabat di pelosok dunia. Jiwanya tak diperhamba ego dan kesedihan kerana dia tahu erti kebebasan sebenar. Sujud yg membebaskannya dari belenggu dunia yg kecil. Mungkin dia tersenyum mendengar berita sahabat2 yg lain sudah berlepas dari KLIA, walaupun kali ini tanpa dirinya.

Selepas 28 jam terbang di udara, transit di Manila dan Abu Dhabi, sahabat2 tiba di bumi Ireland. Memiliki buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu oleh Ust Hasrizal Abdul Jamil, Ireland sudah memberi memori terindah utk aku. Inikan lagi bagi mereka yg sudah dan akan menjejakkan kaki di pulau hijau itu. Mengungguli carta negara paling tinggi index Islamicity, bumi tarbiyah itu seharusnya didakap sebaik-baiknya. Mengembaralah wahai jiwa2 yg menggelegak dgn himmah dan hamasah. Carilah 99 cahaya Islam di langit Eropah!

Dakwah tak pernah mengenal sempadan negeri, da’ie tak pernah dibatasi tanah dan langit. Sesungguhnya da’ie itu seorang muhajir dan mujahid. Di hamparan Shamrock, kukirimkan lagu perjuangan! Memiliki pemikiran yg bebas dari jajahan sekularisme dan “westernization” adalah satu nikmat yg terbesar, nikmat faquhu fiddin (kefahaman dalam agama). Berhikmah dan berilmu dalam memahami apa yg agama ajar tentang keadilan, kesatuan dan kebebasan hakiki.

“Orang2 yg beriman, berhijrah serta berjihad di jalan Allah dan orang2 yg memberi tempat tinggal dan menolong, mereka itulah orang2 beriman yg sebenarnya.” [8:74]

Dan sesungguhnya kemenangan terbesar kita ialah 'kemerdekaan' Gazzah. Cukup ironi dgn apa yg berlaku di tanah air pada tanggal 31 Ogos jika tangan yg berdoa dan memboikot produk Nestle dan McDonald itu merasakan sudah cukup utk sekadar berperikemanusian bukan berperibadi Islam. Malaysia seharusnya memandang politik Hamas sebagai acuan dan memuhasabah kembali apa yg telah kita capai setelah 57 tahun berlalu. Cinta itu seharusnya mengubah sesuatu. 

salam kemerdekaan!





*gambar hasil perkongsian seorang sahabat, N.






Comments

Popular Posts