Ulat buku yang tidak menjadi rama-rama.

Salam, peace be upon ya.

Aku pernah melontarkan pertanyaan kpd seorang ukhti yg aku kasihi kerana-Nya tentang conflict of interest, kononnya.

“Akak, fokus kita kan skg utk membina rijal Islam kan kak. Tapi boleh ke kalau saya nak tulis buku atas nama utk berdakwah?”

“Ikut kemampuan. Kalau awak mampu uruskan, apa salahnya.”

Fokus adalah salah satu masalah bagi aku.

Naskhah As-syahid Imam Hasan al-Banna seperti Wahai Pemuda bukan hasil tulisannya tapi hanyalah catatan para pendengar ceramah-ceramahnya yg menjelajah sehingga ke penghujung kampung. ISHAB tak sempat menulis sendiri buku-bukunya. Syed Qutb menulis Ma’alim Fi Ath-Thafiq di dalam penjara sebelum menghabiskan pembikinan Tafsir Fi Zilalil Quran. Ustad Muarikhun ataupun lebih dikenali sebagai Ustad Hasrizal sudah banyak menghasilkan karya sepanjang perjalanan hidupnya bermula di bumi Jordan hinggalah ke Ireland. Yasmin Mogahed juga tidak kurang hebatnya dengan Reclaim Your Heart.

Ikhwah dan akhwat Indonesia, materi2 mereka tidak perlu dipersoalkan bermula dari KH Rahmat Abdullah hinggalah Salim A. Fillah. Trend terkini adalah penerbitan buku hasil koleksi catatan puisi, cerpen dan penulisan tarbawiy di blog yg kini diungguli APG dengan Ikwah Pakai Jeans, Asyraf Farique dgn Usrah Ini Semua Poyo, Hamasah As-Syabab dan Ustad Engineer di Majalah JOM!.

Tak perlu dipersoalkan lagi bahawa dakwah boleh dilakukan dlm pelbagai bentuk sama ada melalui lisan, penulisan dan qudwah. Apa yg sering mengganggu fikiran ialah adakah mereka mampu seimbangkan antara tugas mentarbiyah mutarobbi dan masa utk menulis?

Adalah sangat tidak adil utk generalisation dibuat di sini. Mereka adalah individu berbeza latar belakang dan usia tarbiyah. Boleh juga dikira dari aspek waqi’ atau realiti setempat dan individu, mereka menulis mengikut keperluan pada waktu itu.

Bagi menjawab persoalan2 ini seharusnya kita menumpukan kpd isi penulisan, “dry” atau basah dan sejauh mana ia dapat mengubah mentaliti masyarakat. Semua orang boleh menulis sama ada dia berdiri atas bakat, kedalaman ilmu, perkongsian perasaan atau sekadar pengalaman sehari-harian. Namun sedikit sahaja yg dapat menulis dari hati utk hati.

Jika kita ingin berbicara tentang keberkesanan dakwah atau popular disebut sebagai muntij, hadis ini cukup memberi pendefinisan sebenar tentang effectiveness.

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ihsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia
menyenangkan haiwan sembelihannya itu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim.]


Memandangkan raya haji akan tiba2 beberapa hari lagi, ibadah korban sangat signifikan dalam masyarakat kita.. err selain daripada kenaikan harga minyak duplohsen. Secara logiknya, apa2 sahaja peralatan yg boleh memilah dan memotong boleh dibuat sembelih lembu macam bilah2 kipas, pembaris besi, mahupun gergaji. Tapi kenapa Rasulullah tetap mention pasal gunalah pisau yg super tajam? Sebab itulah sebaik-baik peralatan utk memutuskan urat halqum merih dgn kadar yg cepat dan tidak menyeksa encik lembu! Ihsan ini ialah sebaik-baik cara utk melaksanakan sesuatu perkara, secara spesifiknya ialah dakwah kita. Macam mana nak sebarkan Islam dgn cara yg paling berstrategi ibarat water ripple ataupun dominos effect.

Muntij juga berpaksi kpd kata2 Syeikh Muntalaq tentang kewajipan mengelakkan fitnah sehingga melambatkan gerabak dakwah. Fitnah ini bukan sahaja berkaitan dgn gosip malah boleh berpunca dari kecuaian diri sendiri ataupun sekumpulan jemaah. Kesilapan dalam mengerah human resource supaya sibuk dgn program2 umum juga boleh melemahkan proses takwin/pembinaan.

Begitulah juga dalam proses menulis/menghasilkan buku. Penulis seharusnya memikirkan cara yg terbaik utk menyampaikan fikrah Islam yg sebenar melalui penulisan. Sudah tentu jawapannya adalah pada amal sang penulis dan hubungan spiritualnya dgn Tuhan. Tak naklah kita jadi penulis "yg cakap tak serupa bikin." Sudahlah rakyat Malaysia (dan mungkin sesetengah para duat) kurang membaca ditambah lagi dgn lambakan buku picisan yg tidak ruhi, adakah dakwah melalui penulisan masih relevan?

Menanti masa utk ulat2 buku menjadi rama2 yg menebar cinta di pelosok dunia.




Comments

Popular Posts