Crocodile Hunter, Knowledge Hunter.


Bismillah.

100 Great Wonders of The World. Buku ni mengingatkan aku tentang seorang budak perempuan dengan gigi runcing kehitam-hitaman, sebahagian gigi 'arnabnya' tinggal separuh serta comel berambut potongan 'tumpurung kelapa'. *Err boleh bayang ke?* kecil tubuhnya namun luas imaginasinya.

National Geography dan Crocodile Hunter adalah rancangan yg wajib ditonton saban minggu, bukan di Astro tapi ditayang di TV2 dan TV1. Apa2 rancangan yg bertemakan alam, pengembaraan dan dunia haiwan pasti menjadi pilihan hidangan mata dan minda. Kadang2 berendam air mata juga bila rancangan kegemaran kalah dgn WWE atau drama melayu. *sebab tu kena nyorokkan remote bawah bantal hehe* NG membawa aku 'mengembara' menyelusuri tamadun di Eropah, Timur Tengah, Asia; mengenali hidupan laut dan darat, di iklim sejuk dan panas.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [49:13]

Mendiang Steve Irwin, kehilangannya memberikan impak kpd kehidupan aku. Rancangannya seakan-akan hilang 'bisa'. Haiwan tetap sama dan tak pernah membosankan. Namun yg hilang adalah perasaan dan perspektif yg Steve tanamkan kpd peminatnya terhadap binatang. Dari perasaan geli, kotor dan liar lalu berubah kpd sayang, unik, indah dan mengagumkan!

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [24:45]

Penangan CH tak habis di situ sahaja malah berlanjutan di perpustakaan. Selalunya buku yg aku akan pilih adalah ensiklopedia bergambar dan sealirannya dengannya. Jarang aku ambil buku akademik ataupun novel. Kalau buku cerita pun, mesti kena ada ilustrasi paling koman pun pada permulaan setiap bab. Kadang2 tak baca fakta pun cuma cuci mata dgn gambar2 yg sangat menarik dan'powerful'! *lepastu berangan nak jd photographer*



Dari kecil aku mengembara mengelilingi dunia menerusi buku dan travelog di majalah Wanita koleksi ibu. Nak seronok lagi tunggu liputan di luar negara yg krew Majalah 3 akan buat di setiap penghujung musim. Tak sah kalau tak berangan berada kat set rakaman! Aku masih ingat pasal satu artikel yg memuatkan pengalaman artis sebuah filem yg mengambil pengambaran di Madinah. Teringin sangat nak masuk kebun2 kurma yg ada telaga. Airnya sejuk dan menyegarkan. Teringat kisah Rasulullah bersama Adas di kebun Utbah dan Syaibah bin Rabiah.

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). [9:112]





Yg bawa aku mengelilingi dunia adalah Islam. Mungkin belum rezeki lagi utk mengembara bersama keluarga tercinta, kebanyakan tempat yg pernah aku jelajahi adalah bersama akhwat. *kadang2 akhwat yg banyak belanja T.T 

Sesungguhnya tanah air kita bukanlah pada garis sempadan tetapi tanah air kita adalah di mana wujudnya org Islam. Dan dakwah kita bersifat national bukan hanya di lokaliti masing2. Justeru menjadi kewajipan kita utk mengenali mereka, sepenuhnya.

Selamat mengembara utk lagi beriman! 






Comments

Post a Comment

Popular Posts