Untuk cinta-cinta aku.



bismillah. 
alhamdulillah. 

utk cinta-cinta aku di luar sana-
maaf atas
salam yg tak bersambut
persoalan yg tak berjawab
dan khabar yg hilang di bawa bayu masa-
jangan risau aku bukan membawa rajuk
cuma kini aku berada di medan jihad
bagi ruang utk aku membukti kata.

justeru aku menulis di sini
agar aku dapat berkongsi kisah perjalanan yg indah ini
walau bukan dgn bibir yg berbicara
dan mata yg bersuara. 

dengarkanlah wahai cinta!

jiwa-jiwa yg aku rindu
duhai Tuhan
kirimkanlah salam hangat
ke lohong hati mereka. 

khabarkan kepada mereka Tuhan
rindu ini tak pernah surut 
dalam kenangan dan doa
dalam hujan.

bertebarlah wahai cinta!

carilah kehidupan dalam seruan-Nya
jangan berhenti, kerana kau akan jumpa
jangan putus asa,
kerana Tuhan tak pernah kecewa. 



.............


Ramadan 1433H. 
Banting, Malaysia.


1 Syawal 1436H
Manipal, India. 





Comments

Popular Posts