Namaskara, Nivu Hegidira?

bismillah.

assalamualaikum, readers.

dah lama tak menulis. pada awalnya berkecimpung dlm dunia blog ni sebab trend budak2 hostel time tu ada blog masing2. eventho rasa inferior sebab blog i tak secantik diorang, but teruskan juga menulis. minat terhadap fotografi pun bercambah juga masa tu. one of the things in my 'bucket list' (acah2 style blogger cute) adalah utk ada DSLR. sebab masa tu trend juga *well peer pressure hits* kelab fotografi STK. berbekalkan kamera digital ibu, selalu curi masa prep utk ambil gambar malam2. kalau ada event sekolah, mesti tangan gatal nak pinjam DSLR dari budak2 Majalah Onward.

after tarbiyah, blog mula berubah wajah. daripada 'aku', cerita mula berkisar 'kami', 'kita' dan 'mereka'. decentralization bab kata orang bisnes. most of the entries adalah post daurah. berbekalkan himmah dan hamasah ISK IPK aku mula menulis kerana ummah. awal2 share bahan, lama2 baru dapat 'make sense' dan boleh mengfikrahkan apa2 event yg berlaku disekeliling walaupun non-islamic. tarbiyah kan kehidupan, nahnu duat qabla kulli syaiin cewah nyanyi sikit.

hakikatnya jalan dakwah ni ehem memang macam 'pokok 4 musim' kat KMB. err sekarang 4 musim manipal kot. musim bunga dan musim panas tak lama, yg lama mungkin monsoon. KH Rahmat Abdullah pernah berkata dlm tausiyahnya waktu exam tak akan lebih lama dari waktu PnP. bermula tahun ke-2 KMB, IB mula menunjukkan taringnya. keputusan semester mula merisaukan mak ayah. sampai satu tahap diorang banned daurah hujung2 minggu. teori2 daurah dan pung pang pung pang dalam usroh mula tercabar. masa utk praktikaliti! T-T

menulis merupakan salah satu terapi bagi aku. kau boleh sort out everything dalam kepala bila kau tulis. selain daripada bersama alam.. dan err baca quran. tapi kalau tak cuba nak faquhu tak rasa juga T-T

dah hampir setahun kat sekolah medic ni, dah hampir 3 tahun juga usia tarbiyah. aku tgh refresh sekarang ni.

krik krik.

lama juga tak menulis. menulis dgn jujur. tak sekerap dulu. utk orang2 yg rapat dgn aku, diorang tahu aku pernah ada depression, OCD since IB. kadang2 pernah juga ada suicidal thoughts. depression tak mengenal sama ada orang tu join usroh atau tak. tapi yg membezakan adalah respons kepada penyakit psikologi ni dan sejauh mana kau ada ikhwan yg boleh tarik kau balik.

kalau sebelum ni mungkin depress dgn expectation manusia dgn medic, tapi sampai satu tahap Allah nak bersihkan kau betul2- dia uji dgn akhwat. dia uji dgn mutarobbi, murobbi. sampai kau betul2 clear yg dakwah yg suci ni milik Allah. buat dakwah ni just jadi asbab utk Allah masukkan kau dalam syurga.

kehidupan akan mengambil segala-galanya dari diri kau, termasuklah kewarasan berfikir. kau penat ngn dunia bukan sebab kau tertipu, tapi sebab kau dah tahu kebenaran hakiki.

it takes more than your brain, to survive.

tapi benda yg paling penting sekarang bila kau rasa takde orang yg boleh pahe/faham kau, Allah faham kau.  sebab Dialah 'rahim' kau, Ar-rahman Ar-rahim.





p/s keep calm and manage.

Comments

Post a Comment

Popular Posts