Februari - Zendagi Migzara

assalamualaikum.

aku baru habis baca The Kite Runner, Khaled Hosseini. novel kedua selepas If You Could See Me Now oleh Cecelia Ahern- (mungkin ketiga keempat selepas beberapa siri Harry Potter yg tak diterjemah ke Bahasa Melayu dan tak termasuk Holes (Louis Sachar) utk kertas Literature in English SPM 2011). tu pun dah lama. zaman sekolah menengah tak silap. pasal imaginary friend err. lepas habis baca TKR, aku pergi End Point tengok Tarang (pesta layang-layang) local buat utk kutip derma, neonatal poor patient fund. real! cuma diorang tak main cantas-cantas je la (mengingatkan aku tentang Bun dan Alan dlm Anak-anak Sidek!). best bila baca novel dan kau terus google kat mana Kabul, Mazar-i-Sharif, nak tahu apa berlaku pada geng taliban Assef, apa rasa bolani- cerita dah habis tapi ruh dia terus akan hidup dalam diri kau. ciss. zendagi migzara, life goes on.




terfikir je la, lama dah kot buku ni baru nak baca. ni mungkin "childhood storybooks" utk 90's tapi bukan akulah. aku tak rasa buku terperangkap dgn masa. cerita akan hidup walaupun penulisnya dah mati. patutlah kawan-kawan KMB dulu semacam je gaya fikir diorang, sebab memang hidup dgn buku-buku macam ni. yg cerita tentang realiti kehidupan kehadapan dari umur diorang. dari sinilah diorang belajar cakap Inggeris berabuk. heh. tak tak, bukan nak pertikai aturan Tuhan. kalau tak siapa yg nak jadi 'aku' kalau aku nak jad macam orang lain. *lari nangis tekup muka dgn bantal*

apa yg menyebabkan buku KOMSAS, English Literature yg paling lengkap, kelas Malay SL Cikgu Linda aku tak tidur adalah sebab aku dibesarkan dgn cerpen dan puisi. tak gempak pun, helaian-helaian dari majalah Wanita bonda. jarang dapat Berita Harian, sebab ayah lebih suka Harian Metro (yg banyak cerita sensasi kikiki). itupun seminggu sekali dalam Metro Ahad baru ada cerpen/novel berangkai. bila dapat buku teks, buku pertama yg akan habis dulu sebelum sekolah buka adalah antalogi, cerpen dan novel Usman Awang muehehe. Anas punya pun aku rembat. aish rindu. waktu dapat tajaan Petronas, ada sikit duit tu beli novel sendiri- Ramlee Awang Murshid dan Harry Potter -.-'' cuma sekarang ni, kenapa aku tak dapat hasilkan karya sendiri yg berkualiti! wargh. oke bye.

recently aku baru 'shut down' jap social network aku, fb insta. sebab somehow aku rasa cam aku paksa orang utk kenal aku melalui status, gambar apa yg aku update, buku apa yg aku baca, lagu apa yg aku minat padahal diorang ada depan mata aku je. mungkin salah sebabnya aku mudah utk menilai (baca: judge) orang melalui fb/insta dia. pernah kan kalau ada orang meninggal/masuk berita kes polis, kau terus cari fb dia. simply claim that "ohh dia camni ke" sambil scroll laju-laju. peh tak adil betul. reciprocally, keadaan tu bagi tekanan kat diri sendiri- rasa stress kalau status/gambar tak dapat like/love yg sepatutnya.




hasilnya, aku lebih banyak luangkan masa depan liker/s (perasan). keluar makan, pergi ceramah Masjid E Manipal, riadah dan borak. bebas nak cakap apa. dan tak kekok, aku baru rasa jadi macam diri sendiri. wangi busuk kau dia tahu. satu perkara, aku belajar utk memaknai apa yg aku kata. dah depan mata, tak boleh fake la beb! lainlah kalau dlm internet, kau buat cerita tipu pun boleh viral. janji ada gambar, caption bagi gempak sikit. hewhew.

tak pastilah boleh buat masa masuk tahun 2 (doa-doakanlah ye, nak unis dah ni)- sebab sekarang ni memang banyak masa, lepas ni kena pandai urus masa. benda yg aku sgt struggle.

target 2016, sebulan ada satu buku khatam hogaye. biiznillah.


Comments

Popular Posts