Mac - Yak Bok Te!

Salam.

sekarang ni aku kat cc, cc Kok Lanas! ahai. meneman mok Kak Aie dok kemaskini LINUS anak-anak muridnya. kesian cikgu kena memandu hampir 45 minit ke sekolah, kena ambil fail yg tertinggal. Lepas tu kena duduk cc pula sebab wifi rumah rosak. semoga syurga untukmu cikgu! rasakanlah setiap kali tetikus itu diketik, pahala bertimbun! jika niatmu ikhlas cikgu. kadang kesian juga, sebab hala tuju pendidikan kabur. yang gahnya hanya statistik keputusan PT3 dan SPM, yang kencangnya hanya utk mengekalkan ranking sekolah. ingat budak sekolah ni mainanmu ka! alat meraih populariti. cis. gaung pendidikan negara dah banyak menelan korban, rata-ratanya daripada pelajar yg gagal memenuhi standard kejayaan yg dipukul rata oleh masyarakat kita.

kes bunuh diri selepas gagal mengawal emosi selepas menjawab kertas peperiksaan bukan isu baru, di Jepun budaya Hikikomori sudah membarah dalam kalangan anak muda. mereka asalnya normal, mempunyai akal sihat dan potensi besar. namun disebabkan mereka gagal berada sebaris dlm kalangan pelajar A+, akhirnya mereka memilih utk mengasingkan diri drpd masyarakat.

Aku perkenalkan Bad, berusia 4 tahun tapi masih tidak mampu menuturkan perkataan seringkas "air" dan "makan". hanya bahasa isyarat yg menjadi survivalnya. pertama kali mendengar cerita drpd makciknya yg merupakan usrati aku, serta-merta aku teringat Helen Keller dan cikgunya Anne Sullivan (The Miracle Worker, 2000). selepas history taking, diagnosis tak rasmi aku adalah aphasia hahaha. menurut cerita doktor yg merawat Bad, ni kes "slow". aku pun tak faham sangat. yelah mengaji pun tak habis lagi. cuma nasihat yg aku boleh berikan adalah utk bertegas dgn Bad menggunakan konsep reward and punishment.














Comments

  1. Bulan April dan Mei nya mana?

    PS: Nak buku free plis.

    ReplyDelete
  2. dah tulis dah check ler. nak buku bagilah alamatnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts