April - Sabar

Bismillah.

nampak tak aci, post april dibuat pada bulan Jun. tapi yang penting ceritanya, bukan?

alhamdulillah  lulus dua kertas ulangan bagi Tahun Satu- biochemistry dan anatomy. keputusan aku keluar selepas seminggu kelas Tahun Dua bermula sebab ada masalah dengan pembayaran yuran oleh pihak penaja. sebenarnya lambat juga aku nak khabarkan perkara ni dengan ibu dan ayah. aku cuma risau, bukan berlagak dewasa. aku risau kesihatan mereka akan  terganggu dengan berita yg masih lagi 50/50. bila semua dah hampir selesai, baru aku beritahu ibu.

ujian ini sedikit sebanyak menyingkap sisi iman yg masih lemah. aku goyah saat rezeki kewangan diuji. sudahlah gagal tahun pertama, tiada pula yg sudi mahu menanggung beban hutang pengajian berjumlah hampir RM20K. aku mula mempersoal aturan Tuhan.

betullah bila Tuhan kata Dia tak akan membebankan hamba-Nya melebihi kemampuan pundaknya. Allah hadirkan insan-insan yg diuji jauh lebih berat daripada diri ini. salah seorang sahabat dunia akhirat aku ditakdirkan pulang ke Malaysia selepas tajaan utk belajar di luar negara disekat. tiada peluang kedua selepas keputusan tahun dua tak memberangsangkan. mana nak cari puluhan ribu utk meneruskan pengajian di kolej Manipal. akhirnya kata putus diambil, guna sijil A-level utk teruskan pengajian di uni tempatan.

sewaktu di lapangan terbang Bangalore, Allah susun perkenalan dgn pelajar "transfer credit" drpd Czech dan Ireland. pengajian mereka hampir tamat, sudah tahun ke-4 (yg hebatnya mereka adalah lulusan IB dari KMB!). susunan Allah lagi cantik, walaupun terpaksa melalui jalan yg panjang utk bergelar seorang doktor, mereka tetap tabah dan gembira (betul-betul gembira sewaktu aku bawa mereka shopping di manipal store!)

aku? Allah acah-acah je dah nak melatah.






Comments

Popular Posts