Posts

Showing posts from July, 2016

Jun - Cinta

Image
Assalamualaikum.
apa khabar? harap antum sihat-sihat saja. selamat hari raya? harap tak terlambat. kalau di Manipal, manis raya dah bertukar jadi masam-masam pasca keputusan Blok 1 haha. dah nak kena fokus untuk Blok 2 pula. teruklah Blok 1 aku aish. struggle weh. tapi aku perasan juga aku tak pulun habis lagi, journal last minute nak siapkan, habis masa kat situ.

tahun ni, kali kedua aku puasa dan raya di perantauan. alhamdulillah. walaupun aku rasa tak layak nak berkonvo hasil tarbiyah Ramadan, nikmat yang paling besar -sekurang-kurangnya- Allah bagi aku puasa penuh -1 hari dan bagi aku beraya. aku rasa Allah jawablah doa "Allahumma bariklana fi rejab wa syaban" tu.. terharu beb!

hampir 2 minggu Syawal berlalu, nampak gayanya macam boleh aku persoalkan iman yang berbaki. mana bekal 11 bulan yang dikatakan dulu? adakah aku orang yang Rasulullah celakakan itu? Allah. boleh tak aku kata bukti Allah ampunkan kita bila dia buka lebih besar ruang kebaikan untuk kita selepas Ram…