Julai - Cari Tuhan.

Assalamualaikum. Apa khabar? Harap Allah sentiasa memberikan hangpa kesabaran. Tahu je orang yang rajin baca-baca blog ni mesti tengah serabut dengan hal-hal dunia (dan hal iman sudah semestinya), betul kan? Kalau aku tulis blog sebab tengah serabut juga, tak ke double serabut? Heh.

setiap orang mesti ada cerita dia yang tersendiri kan dalam perjalanan mencari Tuhan, spiritual journey. kalau orang yang mengikuti blog aku sejak dari 2010 mesti dia dah khatam novel kewujudan seorang NARS. tapi hidup ni bukan macam novel, tak pernah ada muka surat terakhir. sebab kehidupan di akhirat terlalu kompleks untuk digambarkan melalui bahasa manusia, tiada novel ke-8 semacam siri Harry Potter, The Cursed Child. 

baru-baru ni kan keluar fatwa tentang PokemonGo. aku terfikirlah, apa ye yang orang nak daripada agama? aku rasa tak ada agama lain yang nak peduli apa yang penganut dia muat turun daripada Google Play/Apple Store. siap kaji lagi tentang kebaikan dan keburukan (pastinya lebih banyak) permainan augmented reality tu. 

“Permisalanku dengan kalian ibarat seorang yang menyalakan api (di malam hari). Lalu datanglah serangga dan kupu-kupu ingin masuk ke dalamnya dalam keadaan dia menghalanginya agar tidak masuk ke dalam api. Dan aku memegangi pinggang kalian (supaya kalian selamat) dari api (neraka), namun kalian senantiasa berusaha melepaskan diri dari kedua tanganku.”(HR. Muslim dari Jabir radhiyallahu ‘anhu)

jika pemuda pemudi di Ireland dah lama berputus asa dengan Kristian, adakah kita juga nak berputus asa dengan Islam?  mungkin kita salah meletakkan agama pada tempatnya. 

pernah satu ketika, aku terlalu emosional dengan agama. waktu tu aku tengah baca Hazadeen, Sayyid Qutb. aku nak faham tentang Islam tapi waktu tu teks bahasa Arab yang diterjemahkan ke Bahasa Indonesia terlalu sukar untuk difahami. berbelit-belit, pusing sana pusing sini. apa yang aku kena faham sebenarnya?! aku campak buku atas meja belajar dengan marah yang meluap-luap. aku pergi ambil wuduk ke? tu ideal sangat. aku shutdown daripada baca mana-mana buku fikrah. aku fikir, medik dah cukup sukar untuk aku, kenapa perihal untuk mengenal Tuhan juga begitu?

aku sedar yang agama ni bukan hanya ada pada buku. agama adalah interaksi sesama manusia dan alam. ringkasnya, kau kena keluar dari bilik. mana mungkin nak capai makam berinteraksi dengan Allah jika kau tak rasa mujahadahnya berhadapan dengan realiti hidup dan songeh manusia? posisikan diri sebagai hamba dan kau akan rasa Allah tu Tuhan. yang peliknya, menjadi hamba kepada Tuhan memecahkan pasung yang merantai leher dan membebaskan jiwa daripada dipermain dunia! ironinya apa yang al-Quran cerita sehingga menjadi kepelikan pada ummat sekarang. 


“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”
[al-Qasas, 28:24]

Sesungguhnya Allah adalah baik dan tidaklah menerima kecuali yang baik. (HR Muslim)

aku pernah jumpa orang yang bertanya, adakah Tuhan itu hanya ada pada agama Islam? fitrahnya dia ingin berTuhan, seperti aku. tapi logik akalnya masih sukar menerima dalil Quran dan hadis tentang kebenaran Islam. kalau difikirkan, memang banyak rahsia yang Allah simpan tetapi tak kurang banyak juga bukti kewujudan-Nya untuk kita pertimbangkan. bagi aku, mungkin yang tak cukup bukan hujah- sedikit keberanian untuk percaya, mungkin? sampai bila kita nak tunggu agama untuk memberi semua jawapan kepada persoalan kita. jangan pernah penat untuk terus memberi jiwamu untuk diuji Tuhan. kerana ujian itu bukan kalah menang, gold medal Olimpik atau siapa paling alim siapa paling futur - tetapi ujian itu adalah jalan untuk kembali bertemu Tuhan. Allah mahu yang baik-baik untuk hamba yang dicintai-Nya. Small step, untuk beriman dan Allah akan jaga langkah kita seterusnya - meneguhkan bukan membebankan.





Comments

  1. Small steps.

    Teringat potongan satu hadis di mana pengakhirannya kata,

    "Qul amantu billahi thummastaqim."

    Katakan, aku beriman kemudian istiqamah lah!

    Moga Tuhan cukupkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts