Julai - Ramen



Salam. Apa khabar semua? Alhamdulillah, aku berjaya juga kumpul kekuatan untuk menulis semula. Setiap hari aku fikir nak menulis. Serius. Tapi selalunya berakhir dengan munculnya banyak alasan untuk aku ‘escape’. Lagipun aku dah mula balik tulis diari/jurnal, ala-ala ‘scrapbook’. Aku tampal semua tiket dan poskad masa aku travel ke Utara India dan Kashmir. Nak cerita dekat blog, aku dah upload gambar dekat Instagram. ‘Redundant’ pula nanti. Baru-baru ni aku baru ‘delete’ Instagram aku, jadi mungkin aku boleh catatkan kembali pengalaman travel tu dekat sini yeah. Suka tak? :P



Kalau ikutkan aku memang nak buat banyak benda. Aku nak buat vlog! Youtube atau FacebookLive, mana-mana. Aku nak buat segmen review buku-buku hebat yang aku pernah baca. Bila dah ada peminat, senang sikit aku nak promosi buku aku. Banyak stok dekat tangan ni. Sejak aku melabur untuk beli DSLR Canon EOS 1200D, aku rasa rugi sebab tak dapat manfaatkan kamera ni sebaik mungkin.

Masa dekat Manipal, sekurang-kurangnya aku ada sertai 3 kali pertandingan fotogragfi (sudah semestinya aku tak menang haha!). Ada sekali buat liputan bergambar untuk MMMC Photography Club dan muat naik di Facebook page. Sekali saja ok. Aku juga dah melabur untuk bengkel asas fotografi. Aku bayar rs3,500. Aku rasa sangat berbaloi untuk ‘newbie’ macam aku ni. Walaupun kami tak dapat cover banyak tajuk, sekurang-kurangnya aku dah ada kenalan yang boleh beri nasihat dan kritikan membina untuk aku hasilkan gambar yang bagus. Masalahnya sekarang ni aku kurang ambil gambar. Salah siapa ni? Macam-macam. Cita-cita saja tinggi, usahanya tak ada. Alahai!

Aku dah lama ‘craving’ nak makan ramen sebenarnya. Sebab selalu tengok video Mikey dari Strictly Dumpling dan video mukbang dari Korea. Jadi bila ada ramen samyang dekat 7E apa lagi aku belilah satu cup, RM7 abah kau. Haha. Kalau yang dalam peket, ada 5 untuk RM25++ tak silap. Aku ingat portion dia banyak, tapi standard macam ‘meggi cup’ yang lain. Rencah ada 2 paket, satu rumpai laut satu lagi pes sambal. Sekali suap, wah manis. Dua kali suap, berasap telinga! Berjaya juga aku habiskan sambil menangis penuh penyesalan. Satu saja yang aku suka, rasa ramen tu sendiri. Kenyal dan tak ‘soggy’. Sejak balik dari Manipal, ibu perasan yang aku dah tak tahan pedas macam biasa. Jadi dia masak pedas ‘mild’ saja. Jadi bila makan ramen ni, memang tak tipu pedas ‘ngat-ngat’ haha! Jadi aku tak dapat ‘brain’ bila ada orang buat cabaran makan 1 ramen dengan 3-4 perencah.

Bila dah ada dekat Malaysia ni, dah tak ‘craving’ makanan la. Cuma aku rindu sangat nak berenang dekat MIT. Aku rindu nak jalan-jalan naik skuter pergi pantai. Online shopping dekat Amazon dan eBay. Boleh COD dan tak risau kena ‘scam’. Satu benda lagi, dekat Manipal senang bayar pakai debit card saja ‘even’ dekat warung makan. Dekat sini, mesin ‘swap’ pun diorang tak ada lagi haha!

Siapa dok cakap aku makan capati memanjang dekat India tu memang nak kenalah!











Comments

Popular Posts