Tsunami: Langit dan Bumi.





Bismillah..

Salam alaik. Alhamdulillah. Hari ni 26/12/2013 genap 9 tahun peristiwa gelombang tsunami “memutihkan” bumi Aceh dan tempiasnya juga memusnahkan pesisir Pulau Pinang dan Kedah. Hampir seminggu juga aku meninggalkan jejak di kota serambi Mekah itu. 5 hari di sana membuka dimensi yg berbeza dlm diri aku, dan mungkin juga pada 17 org sahabat2 yg berjuang bersama-sama di sana. Rindu. Rindu berteleku di bumi barakah. Aku ingat lagi saat dahi ini mengucup rebah lantai marmar Masjid Baiturrahim, saat hangat telapak tangan menyentuh lantai Masjid Baiturrahman. Waktu itu suasana masjid sangat bingit dgn suara2 halus kanak-kanak belajar ngaji dan menulis alif ba ta. Ada juga beberapa orang yg mungkin kebosanan dan bermain kejar-kejaran. namun begitu suara mereka berlagu ketenangan, yg membawa aku jauh dalam rukuk sujud.

Syukur. Tak terbayang akulah yg bakal menjadi saksi kebangkitan mereka selepas tragedi tsunami yg menghancurkan apa yg terpasak, merenggut apa yg bernyawa. Akulah yg berada di sisi mereka yg diselamatkan Tuhan, mendengar cerita2 yg kadang2 tak masuk dek akal. Rupa-rupanya inilah yg meninggalkan ruang kosong dlm diri aku sekembali ke tanah air; didampingi mereka yg dekat pada Tuhan.

Berada di negara orang membuatkan aku rasa lebih bersyukur. Di samping sahabat2 yg sentiasa mengingatkan aku tentang realiti seorang hamba. Aku rasa tercabar, di mana “da’ie sebelum sesuatu yg lain”? Aku tak mampu mencambahkan biah solehah dlm trip kali ni. Mudah berkata-kata, sukarnya utk bertindak. Musafir kali ini banyak menuntut muhasabah. Biarlah aku belajar dari khilaf. Dan aku yakin sahabat2 yg lain menyedari kesilapan yg berlaku walaupun perit utk mengakui. Sungguh, istighfar itu lagi dituntut dari amal yg banyak.

Di sana, sempat aku mencuri baca sebuah buku bertajuk Hikmah Tsunami. Bab pertama berkisar tentang asbab Allah menurunkan musibah ini. Ada sesetengah org mengaitkan kisah gelombang besar ini mirip kisah Nabi Nuh dan banjir besar. Jadi ini adalah kiriman murka Allah kpd rakyat Aceh. Namun begitu, ulama di Aceh berpendapat bahawa ini adalah nikmat Allah, yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah ingin mengurniakan syahid kpd mereka yg Dia pilih, tak kiralah mereka org baik2 mahupun yg jahat dan sering bermaksiat. Apa lagi yg difikirkan mereka yg dikejar ombak ganas setinggi 30 meter kalau bukan Tuhan? Mereka mati dlm keadaan jiwa dan diri mereka tunduk kpd Allah. Subhanallah. Bagaimana pula dgn mati kita?

Tak dinafikan, dulu maksiat berleluasa, pemerintah korupsi dan perang GAM tercetus demi keadilan. Tapi ada terselit hikmah di balik musibah yg Allah turunkan. Kini Aceh berwajah baru, daulah Islamiyah cuba dibangunkan. Waktu solat sentiasa dijaga sehingga kedai2 ditutup setiap waktu solat lalu masjid diimarahkan. Mungkin juga satu teguran buat muslimin bila staf hotel mengadu pada cikgu yg mereka tak turun solat Subuh berjemaah di surau hotel *cough*

Bak kata satu signage di tengah kota, “Negara Aman, Ibadah Nyaman."









Menjejak pusaka ulama', kami singgah di Pulau Weh, Sabang. kagum. Allah beri nikmat tak terhingga; peluang utk merasa indahnya ciptaanNya. pertama kali merasa seakan-akan ikan dan terumbu karang bermain-main di hujung jari. lantas tadabbur ayat ini menjadi kenyataan depan mata;

"Ataukah seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang
di atasnya ombak (pula), di atasnya lagi awan; gelap gulita yang tindih-menindih,
apabila ia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa
yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tidaklah dia mempunyai cahaya
sedikitpun." [An-Nur: 40]


dalam rancak bercerita tentang mitos dan lagenda pulau2 di Aceh; durian dan lele (ikan keli) keramat, ada satu perkara yg membuatkan aku tersenyum sendiri. Gelaran haji dan hajjah sebenarnya dilabelkan org Belanda kpd penduduk Aceh, yg pada waktu jajahan mereka itu hanya mereka yg ingin ke Mekah sahaja dibenarkan utk keluar daerah.

Mungkin ini yg aku bawa pulang ke tanah air. di Aceh, mereka "membina" anak yatim, persis mentarbiyah mereka dgn amal Islami yg benar. kebanyakan mereka ialah tahfiz dan lepasan pasantren sebelum menyambung pengajian ke universiti. kelak merekalah yg menyumbang kembali kpd rekonstruksi Aceh. dan aku masih ingat lagi kata2 Nyak (nenek).

"di sana (Malaysia) solat terawihnya berapa? di sini sampai 22, tapi ramai bila sudah 8 pulang ke rumah. di rumah buat apa? nonton saja.. Nyak nggak suka.. Nyak buat sampai habis.. napa mau buat sikit2..."

"malam Nyak tidur awal.. jam 2 atau 3 Nyak bangun.. solat.. lepas tu Nyak tidur balik sampai Subuh.."

Nyak umurnya sudah 60. kini hidupnya hanya bersama 2 orang anaknya. puterinya, Kak Mutia ialah pengurus Yayasan Darul Tahfiz Nurul Ain bersama Nyak sebagai "pengetuanya".

....

wahai sahabat, aku akan sentiasa igt saat itu. kita bersama mengalunkan al-mulk di tengah pekat malam, di atas bumbung villa kita; diteman bayu laut dan sang rembulan yg sama dulu menyinari tahajud Sang Nabi.

sekembali dari Aceh, realiti. Malaysia, medan dakwah. dgn IB yg berbaki satu sem, errr.. final exam.
dan apa yg aku inginkan sekarang ialah bersama ibu ayah, adik2-- dgn cara yg Kau redhai.





Comments

  1. Alhamdulillah. sangat. inshaaAllah. ada rezeki, Allah sampaikan akk ke sana :D

    ReplyDelete
  2. Muslimin tak turun subuh? Deh, kena basuh betul2 roommate aku nih. -_-"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts